Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GOLF

Ura-ura Tiger kembali aksi di kejohanan Masters?

Apr 05, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Bekas pemain nombor satu golf dunia, Tiger Woods, berkata beliau hanya akan memutuskan untuk kembali beraksi sejurus sebelum kejohanan Masters bermula Khamis ini.



Woods, 46 tahun, mencetus khabar angin beliau akan kembali beraksi minggu ini selepas menghadiri sesi latihan di Augusta baru-baru ini untuk menguji kecergasannya.



Nama Woods, yang cedera teruk di kakinya selepas terlibat dalam kemalangan kereta di California sekitar 13 bulan lalu, telah disertakan dalam daftar pemain bagi Masters, tetapi beliau belum memutuskan untuk beraksi.



Kelmarin, Woods menulis di Twitter bahawa beliau ingin menyertai lebih banyak sesi latihan di Augusta, tetapi hanya akan membuat keputusan tentang penyertaannya sejurus sebelum Masters bermula nanti.



"Saya akan pergi ke Augusta untuk meneruskan persiapan dan latihan," kata Woods.



"Namun saya hanya akan membuat keputusan untuk beraksi pada saat-saat terakhir."



Dalam pada itu, Woods juga mengucapkan tahniah kepada Anna Davis, pemain remaja yang memenangi Kejohanan Nasional Wanita Amatur Augusta pada hujung minggu lalu.



Woods mengalami kecederaan serius di kaki kanannya dalam satu nahas kereta pada Februari 2021.



Menyusuli kemalangan itu, beliau akur bernasib baik kerana masih mempunyai kededua kaki dan bernyawa.



Sejak kemalangan itu, Woods belum lagi menyertai sebarang kejohanan PGA Tour atau pertandingan utama lain.



Kali terakhir beliau tampil di acara PGA adalah di Masters 2020, yang diadakan pada November tahun itu, selepas ia dipindahkan dari tarikh asal pada April disebabkan Covid-19.



Saban tahun Augusta telah menjadi padang golf kegemaran bagi Woods yang telah meraih banyak kejayaan di sana.



Beliau memenangi kejuaraan Masters pertama di sana pada 1997, dan yang terkini, pada 2019, apabila beliau kembali beraksi selepas mengatasi beberapa pembedahan tulang belakang.



Woods telah memenangi 15 pertandingan Masters setakat ini.



Minggu lalu, bintang golf Ireland Rory McIlroy berkata adalah menakjubkan jika Woods kembali ke sukan itu di Augusta pada tahun ini.



"Saya rasa, bagi golf, bagi pertandingan Masters dan bagi semua orang lain... kehadiran Tiger di Augusta adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Kehadirannya menaikkan taraf setiap pertandingan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >