Topik diikuti
Pergi ke BHkuUsaha Shah rancakkan arena tinju di S'pura
HARAPAN BESAR: Promoter tinju, Alexander Shah (tengah), memendam harapan menyemarakkan arena tinju profesional setempat melalui acara dan kejohanan anjuran syarikatnya, Cartel International Promotions. Bersamanya ialah dua petinju asal Uzbekistan kini di bawah naungan Cartel International, Qudratillo Abduqaxorov (kanan) dan Azizbek Abdugofurov, yang akan turut bertarung hari ini sempena acara 'WBC Asia Battle of Champions' di The Pavilion, Far East Square. - Foto JOHARI RAHMAT
Feb 10, 2017 | 5:30 AM
SELEPAS agak lama menyepi, arena tinju profesional setempat dijangka mendapat suntikan semangat dengan beberapa acara berprestij yang dirancangkan tahun ini.
Malah, acara 'WBC Asia Battle of Champions' - yang menampilkan tujuh pertarungan dan 14 petinju - di The Pavilion, Far East Square, hari ini, ibarat 'sajian pembuka selera' bagi penggemar dan penggiat sukan itu di sini, menurut Alexander Shah, pengarah Cartel International Promotions, tenaga penggerak utama acara itu.
