Topik diikuti
Pergi ke BHkuUsia bukan penghalang untuk aktif bersenam
Usia bukan penghalang untuk aktif bersenam
Ibu dipilih pembawa obor harap dapat ajak semua orang aktif dalam sukan
Usia bukan penghalang untuk aktif bersenam
CIK ASMA: Dijangka bawa obor sejauh 280 meter. Cik Asma bangga dapat mewakili kaum Muslimah dan ibu dalam Larian Obor Sukan Sea ke-28. - Foto MOHD KHALID BABA -
Jun 4, 2015 | 5:30 AM
WALAUPUN usia sudah hampir mencecah 50 tahun, minat menjalani hidup sihat dan aktif membuat Cik Asma Beve bergiat dengan aktiviti senaman setiap minggu.
Di samping menghadiri kelas tarian Bollywood setiap Rabu di Dewan Masyarakat Woodlands Galaxy, beliau juga berlari-lari anak bersama suaminya, Encik Noor Mohd, di taman Bishan setiap hujung minggu.
