Premium
Van Gaal: Trofi EPL dalam jangkauan
Jan 19, 2016 | 5:30 AM
TAMBAH KEYAKINAN: Pemain United meraikan kemenangan ke atas Liverpool di Anfield kelmarin. Van Gaal percaya pasukannya boleh menjuarai EPL tahun ini. - Foto REUTERS -
LIVERPOOL: Kejayaan Manchester United meraih kemenangan 1-0 di Liverpool walau beraksi di bawah potensi mengukuhkan keyakinan bahawa ia mampu mengakhiri musim yang sukar sebagai juara Liga Perdana England (EPL), kata pengurus Louis van Gaal.
Gol jaringan Wayne Rooney pada minit ke-78 menjamin kemenangan bertuah bagi United ke atas pasukan tuan rumah yang merintis lebih banyak peluang gol sepanjang perlawanan.

