Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

VAR digunakan hanya pada tahap asas: FAS

Feb 14, 2023 | 05:30 AM



TIDAK seperti liga peringkat tinggi Eropah dan kejohanan besar bola sepak, pelaksanaan video penolong pengadil (VAR) dalam Liga Perdana Singapura (SPL) hanya pada tahap asas dan tidak akan termasuk Teknologi Garisan Gol (GOT), Garisan Ofsaid Maya (VOL) atau Ofsaid Automatik Separa (SAO).



VAR dalam SPL buat masa ini diperuntukkan bagi tujuan menyediakan bantuan video untuk mengkaji semula kesilapan jelas dan nyata serta insiden serius yang terlepas oleh pengadil perlawanan.



Ia akan digunakan dalam empat senario yang menjejas kedudukan perlawanan, iaitu gol; keputusan sepakan penalti; keputusan kad merah yang dilayangkan secara langsung; dan kesilapan identiti.



Butiran bagi penggunaan VAR dalam liga bola sepak tempatan itu didedahkan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam satu bengkel bagi media di Stadium Jalan Besar (JBS) pada Isnin.



Lewat Januari lalu, FAS mengumumkan bahawa VAR akan digunakan buat julung kalinya pada musim 2023 SPL, yang bermula pada 24 Februari.



Perlawanan Perisai Masyarakat - perlawanan tradisi yang membuka tirai musim SPL - antara juara bertahan SPL Albirex Niigata dan juara Piala Singapura Hougang United pada 19 Februari di JBS adalah perlawanan rasmi pertama di sini yang akan untuk menggunakan VAR.



FAS juga telah menetapkan JBS sebagai lokasi pusat bagi VAR. Ini bermakna pemeriksaan VAR dalam semua perlawanan SPL - baik ada di JBS mahupun di stadium lain - akan dibuat oleh pasukan VAR yang bertugas dari studio VAR di JBS.



Rakaman perlawanan disiarkan secara langsung ke studio VAR, dengan keputusan pemeriksaan VAR kemudian akan disampaikan kepada pengadil di padang.



Namun, rakaman VAR itu tidak akan dipaparkan dalam siaran awam, kata FAS.



Studio VAR mempunyai dua bilik operasi untuk mengendalikan dua perlawanan serentak.



Setiap perlawanan akan mempunyai pasukan VAR sendiri, yang terdiri daripada tiga orang - VAR, penolong VAR dan pengendali ulang tayang rakaman.



Perlawanan SPL akan dimainkan di lima lokasi musim ini - JBS, Stadium Bishan, Our Tampines Hub dan Stadium Jurong East di Singapura, dan Stadium Nasional Hassanal Bolkiah di Brunei.



Pengarah Pengadil di FAS, Nazeer Hussain, berkata: "Orang ramai fikir bahawa VAR merangkumi semua. GOT, VOL dan SAO adalah teknologi yang digunakan sendiri. VAR adalah perkara yang berasingan.



"Jika anda melihat negara Asean lain, seperti Thailand, mereka juga pada mulanya menetapkan penggunaan VAR yang asas."



Singapura akan menjadi negara Asia Tenggara kedua menggunakan VAR selepas Thailand pada 2020.



Bagaimanapun, Nazeer menambah bahawa ada rancangan untuk VOL diperkenal dalam SPL pada masa akan datang.



Bekas pengadil itu juga meminta orang ramai supay menangani jangkaan mereka tentang VAR dan menjangka beberapa masalah awal dalam pelaksanaan teknologi itu.



"Ini adalah tahun pertama kami melaksanakannya. Seperti dalam setiap teknologi atau pelaksanaan (alat baru), akan terdapat beberapa masalah yang akan berlaku. Ini adalah sesuatu yang kami sedang dan masih memperbaiki," kata beliau.



Ditanya apakah pengadil bersedia untuk penggunaan VAR dalam bola sepak tempatan, Nazeer berkata: "Mereka sudah lama bersedia."



- ZULAIQAH ABDUL RAHIM




"Ini adalah tahun pertama kami melaksanakannya. Seperti dalam setiap teknologi atau pelaksanaan (alat baru), akan terdapat beberapa masalah yang akan berlaku. Ini adalah sesuatu yang kami sedang dan masih memperbaiki."



- Nazeer Hussain, Pengarah Pengadil FAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >