Topik diikuti
Pergi ke BHkuVardy kian yakin
Selepas sumbang dua gol England, penyerang Leicester alih tumpuan kepada usaha bantu kelab kekal di persada liga
Apr 1, 2016 | 5:30 AM
Vardy kian yakin
LONDON: Ketangkasan di depan gawang semasa mewakili England diharap merangsang keyakinan dirinya bagi baki musim bersama Leicester City dalam persaingan merebut kejuaraan Liga Perdana England (EPL).
Demikian harapan Jamie Vardy, penyerang terunggul dalam EPL musim ini, yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan persahabatan dengan Jerman dan Belanda minggu lalu.