Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

Verstappen dakwa dapat layanan berbeza jelang perlumbaan penentuan di Abu Dhabi

Dec 11, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Max Verstappen berkata beliau diberi layanan berbeza berbanding pemandu-pemandu lain, terutama berhubung peraturan berlumba secara adil.



Hujahnya itu telah menarik perhatian tambahan kepada persaingan sengit antara beliau dengan Lewis Hamilton bagi kejuaraan Formula Satu (F1) menjelang Grand Prix Abu Dhabi hujung minggu ini - perlumbaan terakhir musim ini.



Verstappen berkata:



"Nampaknya, pemandu lain boleh melakukan perkara yang sama, tetapi hanya saya yang diberi denda.



"Menjelang perlumbaan (Abu Dhabi) ini, saya hanya mahukan satu sahaja, iaitu saya dilayan secara adil. Tapi itu mungkin tinggal harapan saja."



Verstappen, yang mewakili Red Bull, mendapat tiga penalti berasingan di Grand Prix Arab Saudi pada hujung minggu lalu.



Beliau didapati bersalah kerana melanggar peraturan F1 semasa bersaing untuk merebut tempat di litar dengan Hamilton, yang memandu bagi pasukan Mercedes.



Satu penalti diberikan kerana Verstappen memotong Hamilton dari luar litar, sementara satu lagi diberikan selepas tindakan Verstappen dianggap menyebabkan kereta Hamilton terbabas.



Verstappen juga dipersalahkan dan diberikan penalti apabila beliau dianggap sengaja membrek kereta dan menyebabkan Hamilton menyondolnya dari belakang.



Walau terlibat dalam kemalangan itu, Hamilton tetap menjuarai perlumbaan di Saudi itu dan kini kededua pelumba melangkah ke perlumbaan terakhir di litar Yas Marina di Abu Dhabi dengan pungutan mata yang sama.



Sesiapa yang mengakhiri perlumbaan pada Ahad ini lebih pantas akan memenangi kejuaraan F1 musim ini.



Jika menang, Hamilton akan mencipta sejarah sebagai juara F1 sebanyak lapan kali manakala bagi Verstappen ia kejuaraan dunia sulungnya.



Bercakap kepada BBC, Verstappen berkata ada dua lagi insiden yang berlaku di Jeddah, di mana pemandu lain tidak didenda, walaupun melakukan perkara yang sama dengannya.



Beliau bertegas tidak melanggar sebarang peraturan perlumbaan adil.



"Bagi saya, saya tidak bersalah... tapi saya seseorang sahaja yang dianggap bersalah dan orang lain dibiarkan sahaja," ujar beliau, yang berasal dari Belanda.



"Kami berdua terbabas d litar, tetapi saya sahaja yang dipersalahkan. Dan ini suatu perkara yang tidak saya setujui... yang tak dapat saya terima.



"Namun beliau (Hamilton) hanya diberikan amaran apabila beliau melakukan gerakan yang sama yang saya buat."



Sebelum perlumbaan di Jeddah itu, pengarah perlumbaan Michael Masi berkata F1 berkuasa membatalkan mata yang dimenangi sebarang pemandu yang dianggap telah berlumba secara berbahaya.



Hujahnya itu dianggap sebagai satu amaran kepada kededua Hamilton dan Verstappen supaya memandu secara adil. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >