Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU (F1)

Verstappen juara di AS dalam perlumbaan sengit bersama Hamilton

Oct 26, 2021 | 05:30 AM



TEXAS: Pendahulu ranking Formula Satu (F1) Max Verstappen daripada Red Bull menepis percubaan pesaing terdekatnya Lewis Hamilton memenangi Grand Prix (GP) Amerika Syarikat kelmarin.



Kemenangan Verstappen, yang diraih dengan cara matang dan terkawal, walaupun beliau terpaksa bersaing sengit dengan Hamilton, membolehkan beliau melanjutkan jurang antara mereka di puncak ranking kepada 12 mata.



Hamilton merampas tempat pertama daripada Verstappen pada awal perlumbaan, tetapi kehilangan kedudukan itu apabila Verstappen melakukan pit-stop, atau hentian pit, awal.



Menyusuli itu, Mercedes dan Hamilton berpandu strategi baru, iaitu cuba memotong Verstappen pada penghujung perlumbaan menggunakan tayar lebih keras.



Namun, walaupun Hamilton berjaya merapati Verstappen apabila perlumbaan berbaki dua pusingan, beliau kehabisan masa untuk memotong Verstappen.



Kesudahan perlumbaan sengit itu disaksikan 140,000 orang di litar Circuit of the Americas di Austin, Texas, tempat F1 berjaya menarik lebih ramai peminat di Amerika.



Hamilton melintasi garisan penamat sekitar 1.3 saat di belakang Verstappen, dalam antara perlumbaan paling sengit pada musim GP ini.



"Cara kamu berlumba terlalu hebat, Max," ketua pasukan Red Bull, Chrisian Horner, kepada beliau sejurus Verstappen memenangi perlumbaan itu.



Namun, perlumbaan bermula dengan amat berbeza bagi Verstappen. Walaupun memulakan perlumbaan di grid pertama, Verstappen hilang kedudukan itu selepas Hamilton memulakan perlumbaan dengan lebih pantas dan memotongnya.



Pasukan Red Bull mengamati Verstappen mempunyai kenderaan lebih pantas berbanding Hamilton dan memutuskan memanggilnya pit-stop lebih awal - pada pusingan ke-10 - dan mengatur strategi yang membolehkan Verstappen menyertai semula perlumbaan di kedudukan pertama dan mempertahankan kedudukan itu.



Langkah tersebut memaksa Hamilton melepaskan kedudukan pertama sejurus selepas beliau pula membuat pit-stop.



Verstappen dan Hamilton, masing-masing membuat pit-stop kedua pada pusingan ke-29 dan ke-37, dengan Hamilton menyambung semula perlumbaan pada jarak sembilan saat di belakang Verstappen.



Hamilton berjaya mengurangkan jarak itu kepada 1.5 saat dengan perlumbaan berbaki enam pusingan, tetapi Verstappen berjaya memandu lebih pantas dan melebarkan jarak antara dua kereta itu.



Dengan perlumbaan berbaki dua pusingan, Hamilton berjaya memandu lebih dekat dengan Verstappen - di bawah satu saat - tetapi beliau kehabisan pusingan untuk memotong lawannya dan Verstappen menjadi juara GP Amerika. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >