Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Verstappen sambar petak pertama GP Italy

Sep 14, 2021 | 5:30 AM
NYARIS MAUT: Kenderaan Verstappen 'menunggang' kenderaan Hamilton bagi beberapa ketika dalam perlumbaan di Italy itu. - Foto AFP
NYARIS MAUT: Kenderaan Verstappen 'menunggang' kenderaan Hamilton bagi beberapa ketika dalam perlumbaan di Italy itu. - Foto AFP -

MONZA (Italy): Lewis Hamilton berkata alat keselamatan yang dipasangkan di rangka kereta lumba Formula Satu (F1) telah menyelamatkan nyawanya, selepas keretanya terlibat dalam kemalangan teruk di Grand Prix Italy.

Pemandu berusia 36 tahun itu, yang juga juara F1 tujuh kali, berlanggar dengan kereta Red Bull yang dipandu Max Verstappen, dengan kenderaan Verstappen 'menunggang' kereta Hamilton dari belakang selama beberapa ketika.

Alat yang dimaksudkan oleh Hamilton itu bergelar 'halo' dan adalah palang diperkukuh yang dipasangkan di bahagian kepala pemandu, yang melindungi kepala Hamilton daripada mengalami hentakan kuat.

'Saya berasa amat bertuah hari ini," kata Hamilton.

"Terima kasih Tuhan... kerana menyelamatkan leher saya."

"Saya berasa amat bertuah kerana masih bernyawa," kata Hamilton lagi.

Kededua Hamilton dan Verstappen tidak menamatkan perlumbaan, yang bermakna Verstappen mengekalkan kelebihan lima mata ke atas Hamilton di puncak ranking.

Namun, Verstappen telah dipersalahkan atas insiden itu dan akan dikenakan penalti tiga tempat di grid bagi perlumbaan seterusnya di Grand Prix Sochi pada 26 September. -Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg