Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Verstappen ‘tidak fikir sangat’ masa depan F1

Oct 16, 2024 | 2:47 PM
Max Verstappen yang merupakan pemandu pasukan Red Bull menduduki tempat kedua dalam F1 Grand Prix Singapura.
Max Verstappen yang merupakan pemandu pasukan Red Bull menduduki tempat kedua dalam F1 Grand Prix Singapura. - Foto AFP

AUSTIN: Max Verstappen berkata beliau tidak memikirkan masa depannya dalam Formula Satu (F1) melangkaui musim semasa bersama pasukan Red Bull Racing.

Juara dunia tiga kali dan pendahulu mata F1 sekarang itu dilaporkan mempunyai klausa keluar dalam perjanjiannya dengan Red Bull yang membolehkannya menukar pasukan pada 2026, dua tahun sebelum kontraknya tamat.

“Ya, sudah tentu, saya tahu kemungkinan (untuk pergi), tetapi saya tidak benar-benar memikirkannya sekarang.

“Saya rasa pada masa ini saya sudah cukup bimbang dengan perkara lain yang kami mahu lakukan dengan lebih baik,” kata Verstappen dalam temu bual yang diterbitkan oleh media digital, Motorsport, pada 15 Oktober.

“Kita akan lihat apa yang berlaku pada masa hadapan.

“Pada masa ini, sejujurnya saya tidak terlalu memikirkannya. Tetapi jika ia tidak berlaku, maka biarkanlah.

“Ia tidak akan mengubah kehidupan saya.”

Verstappen, 27 tahun, telah memenangi tujuh perlumbaan musim ini tetapi tidak memenangi sebarang perlumbaan sejak Grand Prix Sepanyol yang berlangsung pada 23 Jun.

Kempen F1 akan kembali daripada rehat selama sebulan hujung minggu ini di GP Amerika Syarikat di Austin, Texas.

Pengetua pasukan Mercedes, Toto Wolff, telah menyatakan dengan jelas minatnya terhadap Verstappen.

Aston Martin adalah satu lagi pasukan yang berpotensi untuk pemandu Belanda itu. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg