Topik diikuti
Pergi ke BHkuVertoghen hampa alami kecederaan, tapi harap cepat sembuh
Jan 19, 2017 | 5:30 AM
Vertoghen hampa alami kecederaan, tapi harap cepat sembuh
LONDON: Pemain pertahanan Jan Vertoghen mengalami kecederaan pada ligamen buku lalinya selepas kemenangan pasukannya, Tottenham Hotspur, 4-0 ke atas West Bromwich Albion Sabtu lalu, menurut laporan beberapa media British kelmarin.
Pengurus pasukan, Mauricio Pochettino, yang bercakap kepada wartawan selepas perlawanan Liga Perdana England (EPL) itu berkata kecederaan yang dialami Vertoghen kelihatan "amat serius".