Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA 1

Vettel sedia bimbing anak Michael Schumacher

Dec 05, 2020 | 05:30 AM



MANAMA (Bahrain): Sebastian Vettel berkata beliau bersedia memberi nasihat kepada Mick Schumacher, apabila anak lelaki kepada juara sebanyak tujuh Formula Satu (F1) Michael Schumacher, membuat penampilan sulungnya tahun depan.



Pelumba berusia 21 tahun itu akan beraksi untuk pasukan Haas, di samping pelumba dari Russia, Nikita Mazepin.



"Tentunya saya mempunyai hubungan yang istimewa dengan bapanya," kata Vettel kepada wartawan menerusi persidangan video sewaktu Grand Prix Sakhir.



"Malangnya, Michael tidak dapat berada di sini untuk melihat sendiri perkembangan Mick sejak beberapa tahun lalu dan kini melangkah masuk ke perlumbaan Formula Satu.



"Secara peribadi, saya dan Mick mempunyai persahabatan yang baik dan saya gembira untuk mengongsi apa yang saya tahu kepadanya."



Michael Schumacher, yang merupakan pelumba paling berjaya dalam sejarah F1 dengan 91 kemenangan dan tujuh gelaran juara dunia sebelum Lewis Hamilton memecahkan rekodnya tahun ini, menjadi idola Vettel ketika membesar.



Pelumba Jerman itu belum pernah tampil di khalayak ramai sejak mengalami kecederaan kepala yang serius menyusuli satu kemalangan sewaktu bermain ski pada 2013.



Vettel berkata beliau sering mendapatkan nasihat Michael sewaktu mereka berdua pernah bersaing bersama.



Apabila ditanya mengenai komen yang dibuat Mick yang mengatakan bahawa beliau melihat Vettel, yang merupakan juara sebanyak empat kali, sebagai idola, Vettel berkata: "Saya amat teruja.



"Semestinya saya telah melihat bapanya memenangi lebih banyak perlumbaan berbanding jumlah perlumbaan yang pernah beliau lihat saya menang," kata Vettel yang pernah memenangi sebanyak 53 perlumbaan.



"Saya rasa apa yang penting baginya adalah agar beliau mencari laluan dan cara tersendiri dan mengikutnya.



"Namun saya akan sentiasa berada di sini untuk memberi beliau nasihat, seperti mana yang pernah dilakukan bapanya kepada saya dahulu." - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >