Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Video ajuk bintang bola sepak Brazil Neymar Jr jadi tular

Iklan seminit oleh restoran makanan segera KFC di Arika Selatan tunjuk pemain bola sepak yang bergolek kesakitan dari stadium hingga ke restorannya.
Jul 5, 2018 | 2:32 PM
KIAN TULAR: 'Screengrab' dari Youtube KFC Afrika Selatan ini menunjukkan adegan video parodi yang kini menjadi tular.
KIAN TULAR: 'Screengrab' dari Youtube KFC Afrika Selatan ini menunjukkan adegan video parodi yang kini menjadi tular. - KFC SOUTH AFRICA

AKSI Neymar Jr tergolek-golek 'kesakitan' di padang selepas 'dikasari' pemain lawan di Piala Dunia ini perbuatan yang kurang disenangi sesetengah peminat bola sepak, tetapi ia kini menjadi bahan iklan restoran makanan segera di Afrika Selatan.

Malah, video iklan mengajuk aksi Neymar yang diterbitkan oleh restoran ayam goreng KFC di sana itu kini menjadi tular di media sosial, dengan lebih 500,000 tontonan di YouTube.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=SP14zlGmvSQ[/embed]

Video selama seminit itu menunjukkan seseorang pemain bola sepak yang rebah ke padang dan tergolek-golek kesakitan selepas disentuh pemain lawan.

Lantaran itu, pemain tersebut bergolek terus ke luar stadium dan melalui beberapa tempat awam di Afrika Selatan, sebelum menuju ke restoran KFC.

Di sana, pemain itu bangkit, dan dengan senyuman, mula memesan makanan daripada pekerja di balik kaunter yang terkejut menerima kunjungan tidak disangka itu.

Video itu diakhiri dengan cogan kata: 'Why make a meal of it for a free kick when you can make a meal of it with a Streetwise 2 for R29.90' yang bermaksud - 'Mengapakah anda berolok-olok untuk mendapatkan tendangan percuma jika anda boleh membeli set makanan Streetwise 2 dengan harga R29.90 ($2.98).'

Ini bukan kali pertama aksi Neymar - yang dianggap antara pemain bola sepak paling berbakat generasinya - menjadi bahan ketawa di Piala Dunia ini. Klip gambar bergerak atau 'meme' yang menunjukkan Neymar tegolek-golek di padang juga menjadi tular selepas peringkat kumpulan berakhir minggu lalu.

[embed]https://twitter.com/Cruyffootball/status/1014141584550649857[/embed]

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg