Villa catat kemenangan pertama di St James’ Park sejak 2005

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Villa catat kemenangan pertama di St James’ Park sejak 2005

Jan 26, 2026 | 2:14 PM

Villa catat kemenangan pertama di St James’ Park sejak 2005

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Aston Villa, Newcastle, menang
Rembatan hebat Emiliano Buendia (kanan) menyumbang kepada kemenangan 2-0 Aston Villa ke atas Newcastle United dalam saingan Liga Perdana England (EPL) pada 25 Januari. - Foto REUTERS

ENGLAND: Pertemuan pada 2 April 2005 adalah kali terakhir Aston Villa mengatasi Newcastle United di kubu lawan, St James’ Park.

Ia perlawanan yang sungguh mengecewakan untuk Newcastle. Ketika itu, pemain Newcastle, Steven Taylor, dilayang kad merah kerana menyentuh bola dengan tangan. Kemudian, Lee Bowyer dan Kieron Dyer juga dilayangkan kad merah kerana bergaduh sesama sendiri.

Namun selepas 17 percubaan, Villa akhirnya berjaya menumpaskan Newcastle 2-0 dalam saingan Liga Perdana England (EPL) pada 25 Januari di St James’ Park.

Kemenangan itu hasil rembatan hebat Emiliano Buendia dan gol oleh Ollie Watkins.

Newcastle kini berada di kedudukan ketujuh dalam liga Liga Juara-Juara, manakala Villa berjaya mara ke pusingan 16 pasukan terakhir Liga Europa.

Namun, selepas tewas dalam tiga lawatan terdahulu ke St James’ Park, kemenangan 2-0 Villa kali ini menampilkan kemajuan yang dicapai di bawah bimbingan pengurus mereka, Unai Emery.

Kemenangan itu meletakkan Villa di kedudukan ketiga, hanya ketinggalan empat mata di belakang pendahulu EPL, Arsenal.

Sekali gus, Villa kini berada di landasan tepat untuk merampas gelaran yang diburu Arsenal.

Di barat daya London pula, Chelsea menundukkan Crystal Palace 3-1 apabila bertandang ke Selhurst Park pada 25 Januari.

Liam Rosenior menambah kepada permulaan yang memberangsangkan sejak mengambil jawatan sebagai pengurus pada 6 Januari.

Beliau telah memenangi empat daripada lima perlawanan sejak itu.

Bakat Estevao, Joao Pedro dan Enzo Fernandez menyerlah selepas masing-masing menjaringkan gol dalam kemenangan itu.

Benteng Palace bertambah rapuh apabila Adam Wharton dilayangkan kad merah pada minit ke-73, dan gol lewat Chris Richards gagal mengubah keputusan kekalahan.

Rosenior berkata kepada BBC: “Saya sangat berpuas hati. Ini sememangnya kemenangan yang sukar. Crystal Palace adalah pasukan yang sangat baik.”

Beliau turut bangga dengan persembahan anak didiknya, walaupun mengakui beliau kecewa mereka gagal mempertahankan gawang pada akhir perlawanan.

“Saya menyasarkan tiga kemenangan berturut-turut dan sepatutnya kami memperolehnya, apatah lagi ketika kami mendahului 3-0 dan bermain menentang 10 pemain lawan.

“Kami masih boleh memperbaiki penguasaan bola, terutama pada babak pertama. Namun, dari segi prestasi keseluruhan, ini adalah satu persembahan yang sangat baik,” tambah Rosenior. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg