Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Villarreal kejutkan Bayern tanpa harapkan permainan cantik: Emery

Apr 14, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Villarreal, Unai Emery, berkata pasukannya berjaya mengatasi gergasi Eropah Bayern Munich untuk melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah kerana beliau tidak mengharapkan pasukannya bermain dengan cantik.



Sebaliknya, setiap pemain tahu matlamat di setiap perlawanan adalah untuk memburu kemenangan.



Villarreal, yang telah mencetus keputusan mengejut menewaskan Bayern 1-0 di Sepanyol, berjaya menjaringkan satu lagi gol di Allianz Arena di Munich untuk memenangi suku akhir dengan kiraan agregat 2-1.



Samuel Chukwueze muncul sebagai wira pasukan, menjaringkan gol kemenangan bagi Villarreal pada minit ke-88 selepas Robert Lewandowski memecahkan kebuntuan pada minit ke-52 dengan gol yang menyamakan kiraan agregat.



Gol itu memberikan Villarreal kemenangan pertama ke atas Bayern - juara enam kali Liga Juara-Juara - dan menempah tiket ke separuh akhir pertandingan itu buat kali pertama dalam 16 tahun.



Villarreal akan bertemu Liverpool atau Benfica di separuh akhir, dengan Liverpool mendahului Benfica 3-1 melalui kiraat agregat sebelum suku akhir kedua malam tadi.



"Perasaan di dada kami begitu menakjubkan... perjalanan kami hingga ke saat ini tidak mudah," kata Emery.



"Kami terpaksa melangkah perlahan-lahan... hingga ke suku akhir yang amat sukar ini. Tapi sasaran kami tidak berubah... iaitu untuk terus mara ke peringkat selanjutnya dan bukan menunjukkan cara permainan cantik atau imej yang cantik.



"Kami tahu, kami harus melakukan perkara penting untuk mencapai sesuatu dan perlawanan dengan Juventus memberikan kami keyakinan diri yang lebih tinggi."



Menurut Emery, beliau sedar Liverpool dan Benfica adalah pasukan yang gagah, tetapi beliau akan mempersiap pasukan supaya mereka bersedia menghadapi saingan.



"Di separuh akhir nanti, kami akan cuba mencipta keadaan di mana kami boleh memenangi perlawanan itu," kata Emery.



Emery, yang sebelum ini memimpin Arsenal, disegani di Eropah kerana beliau telah memenangi Liga Europa dua kali - yang pertama dengan Sevilla dan yang kedua dengan Villarreal pada musim lalu.



Musim ini, pasukannya turut menyingkir Juventus dari Liga Juara-Juara.



Namun tidak ramai yang menyangka Villarreal mampu menewaskan Bayern yang pada masa ini mendahului Bundesliga dengan sembilan mata dan memburu kejuaraan liga yang ke-10.



Sebaliknya, Villarreal menduduki tangga ketujuh dalam La Liga Sepanyol, dengan peluang melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan tampak tipis.



Namun, Emery telah membentuk pasukan yang mampu menang dalam perlawanan di peringkat benua, yang ditunjukkan semasa pasukannya bermain mengikut strategi untuk bertahan dan melakukan serangan balas kilat.



Ini bermakna, Bayern, yang memulakan perlawanan dengan rancak dan mengasak kubu Villarreal bertubu-tubi sepanjang perlawanan meninggalkan ruang bagi pemain Villarreal yang akhirnya membawa padah pada hujung perlawanan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >