Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Walau ada tawaran luar Faris kekal di SG

Jan 31, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN beberapa tawaran di Malaysia menginginkan khidmat beliau, pemain sayap Singapura Faris Ramli sebaliknya memilih untuk pulang ke tanah air dan beraksi dalam Liga Perdana Singapura (SPL) musim akan datang ini.



Faris, 28 tahun, adalah antara rekrut terbaru Lion City Sailors musim 2021 ini setelah menandatangani kontrak selama setahun dengan kelab swasta pertama Singapura itu.



Beliau berkata keselamatan diri dan keluarga di tengah-tengah pandemik Covid-19 sebagai sebab untuk beliau kembali dalam liga domestik setelah semusim bersaing dalam Liga Super Malaysia (MSL) bersama Terengganu FC pada tahun lalu.



Pengunduran Faris dari Terengganu adalah dek pandemik yang menjejas kewangan banyak kelab.



Ketua pegawai operasi Terengganu FC Mohd Sabri Abas memberitahu Berita Harian Malaysia pada November lalu bahawa kumpulan pemain asing kelab itu dilepaskan kerana faktor kewangan dan perancangan pasukan.



Sabri menambah kelab itu akan mengurangkan kos sebanyak 20 hingga 30 peratus untuk musim akan datang ini.



Bagaimanapun belum lagi disahkan tentang kenyataan Terengganu itu, kata Faris.



"Tetapi, apa yang saya faham dan dengar daripada kelab itu sendiri adalah mereka akan kurangkan bajet tidak kira betapa baik persembahan anda pada musim itu," ujar Faris, yang menjaringkan tiga gol dalam sembilan penampilan mewakili Terengganu.



Akibat pandemik, liga musim 2020 dipendekkan kepada hanya 11 perlawanan.



Terengganu mengakhiri musim liga lalu di tempat ketiga daripada 12 pasukan.



Akur ia adalah tempoh mencabar bagi semua kelab bola sepak tempatan mahupun di luar negara, Faris memberitahu Berita Minggu (BM) bahawa beliau bersedia untuk berbincang dan berunding dengan kelab lain.



Ini termasuk menerima tawaran daripada kelab-kelab di Malaysia.



Namun, Faris memutuskan untuk kekal di Singapura setelah pulang ke pangkuan keluarga pada hujung tahun lalu.



"Ya, ada dapat tawaran (di Malaysia). Tetapi, pemindahan saya seterusnya akan bergantung pada apa yang terbaik dan selamat untuk saya dan keluarga semasa tempoh sukar ini. Justeru, saya terbuka untuk mendengar apa yang kelab-kelab SPL tawarkan," jelas bapa kepada seorang anak lelaki itu.



Pemindahan Faris ke Sailors akan menambah kehebatan serangan Sailors, membantu penyerang Stipe Plazibat dan pemain sayap Gabriel Quak menggegarkan benteng lawan musim terbaru ini.



Sailors juga menandatangani pemain midfield Brazil, Diego Lopes, untuk bayaran 1.8 juta euro ($2.89 juta) dari kelab Liga Primeria Portugal, Rio Ave.



Lopes, 26 tahun, adalah pemain pertama dalam sejarah SPL yang bernilai jutaan dolar.



"Lion City Sailors adalah kelab yang sememangnya mempunyai cita-cita yang tinggi dan melangkah ke depan, mereka berkongsi rancangan mereka bersama saya. Ini yang menarik saya untuk sertai mereka," tambah Faris, yang dinobat Pemain Terbaik SPL 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >