Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Walau ditumbuk, Ronaldo bangkit jaring dua gol menentang PSG

Jan 21, 2023 | 05:30 AM



RIYADH: Cristiano Ronaldo bangkit daripada tumbukan di muka untuk menjaringkan dua gol menentang Paris Saint-Germain kelmarin dalam pertemuan semula yang meriah bersama pesaing hebatnya Lionel Messi.



Ronaldo, 37 tahun, terkena pukulan dari tangan penjaga gol PSG, Keylor Navas tetapi beliau menyempurnakan sepakan penalti dan kemudian menambah satu lagi mata dalam aksi persahabatan di Arab Saudi itu.



Ini merupakan penampilan pertama Ronaldo sejak berpindah ke negara Teluk itu dalam satu perjanjian yang dikatakan berjumlah lebih 400 juta euro ($570 juta).



Dalam perlawanan pameran di Stadium Raja Fahd, Riyadh itu, Ronaldo mewakili pasukan gandingan kelab barunya, Al Nassr dan seteru mereka Al Hilal, menentang PSG yang diterajui Lionel Messi. Kelab gabungan Saudi itu kalah 4-5 kepada PSG.



Messi dan Kylian Mbappe menjaringkan gol untuk PSG dengan Neymar gagal menyempurnakan sepakan penalti sebelum ketiga-tiga bintang itu termasuk Ronaldo, dikeluarkan di pertengahan babak kedua.



Messi membuka jaringan hanya selepas tiga minit hasil umpanan Mbappe.



Ronaldo menyaksikan percubaannya diselamatkan tetapi dia menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-34.



Lima minit kemudian, pemain PSG, Juan Bernat dilayangkan kad merah kerana mengasari Salem Al-Dawsari - pemain Arab Saudi yang menjaringkan gol kemenangan ke atas Argentina di Piala Dunia Qatar.



PSG kembali mendahului menerusi Marquinhos sebelum Neymar gagal menyempurnakan sepakan penalti.



Ronaldo sekali lagi menyamakan kedudukan ketika permainan menuju rehat, menyempurnakan bola tandukannya yang terkena tiang untuk gol keduanya.



Selepas rehat, Mbappe membuat umpanan untuk jaringan Sergio Ramos sebelum Hyun-soo Jang menyamakan kedudukan untuk pilihan Riyadh.



Mbappe menyempurnakan sepakan penalti dan Hugo Ekitike menjadikan kedudukan 5-3 sebelum penyerang Brazil, Talisca menjaringkan gol keempat pasukannya.



Pemain bola sepak yang bernilai ratusan juta euro itu beraksi bagi permainan pameran di ibu kota Saudi, yang diadakan hanya beberapa minggu selepas negara jiran Qatar membelanjakan sejumlah wang yang tinggi dalam Piala Dunia pertama di bumi Arab, yang dimenangi oleh Argentina pimpinan Messi.



Antara yang hadir di Stadium King Fahd yang mempunyai 69,000 tempat duduk itu ialah seorang tokoh hartanah Saudi yang membayar AS$2.6 juta ($3.4 juta) dalam lelongan tiket yang memberinya akses ke bilik persalinan pemain.



Ronaldo akan membuat penampilan pertamanya bersama kelab Al Nassr di Liga Saudi esok.



Bintang veteran Portugal itu juga akan menjadi duta dalam usaha Arab Saudi untuk menjadi hos Piala Dunia 2030 bersama Mesir dan Greece. - AFF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >