Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023: HARAPAN SRIKANDI LAWAN PEDANG

Walau pertama kali muncul di Sukan SEA yakin dan tahu kebolehan diri

May 08, 2023 | 05:30 AM



WALAUPUN pernah diejek oleh rakan-rakan apabila Filzah Hidayah Nor Anuar mula-mula berkecimpung dalam sukan lawan pedang, ia tidak sedikit pun melunturkan semangatnya untuk memperbaiki diri dan mendalami sukan itu.



Ini setelah beliau memulakan sukan itu pada usia 12 tahun dan pada usia itu, ada daripada rakan-rakan sebaya sudah bergiat dalam sukan tersebut sejak sekian lama.



Anak kedua dalam empat beradik berusia 19 tahun itu berkata: "Apabila saya mula menyertai sukan lawan pedang, rakan sebaya saya ramai yang sudah ada pengalaman berkecimpung sejak beberapa tahun.



"Saya pula muka baru dalam sukan itu jadi ada rasa malu sedikit untuk sertai latihan."



Menurutnya, tempoh tersebut paling mencabar baginya kerana beliau merasakan kemahiran dan pengalamannya jauh ketinggalan berbanding rakan lain.



Lantas, beliau perlu berusaha gigih demi mempertingkatkan kemahiran dan teknik lawan pedang dalam tempoh masa yang lebih singkat.



Mujur atas dorongan dan bimbingan rakan-rakan senior dan jurulatih, ia sedikit sebanyak menjadi pemangkin bagi beliau tingkatkan lagi keputusan dan memperbaiki prestasinya.



"Rakan senior dan jurulatih saya banyak membantu dalam memberi kata-kata semangat untuk naikkan keyakinan diri," jelas srikandi lawan pedang negara yang bertubuh kecil dan tinggi lampai itu.



Menurut Filzah, beliau berjaya melihat hasil daripada kegigihannya pada tahun kedua beliau bergiat dalam sukan tersebut, lantas ia mengukuhkan lagi iltizam untuk berprestasi lebih baik dan mencapai peringkat lebih tinggi.



Lebih daripada hasil pencapaian, sukan lawan pedang mengajar beliau erti kesabaran dan menyuntik nafas baru sebagai wadah mencapai kecemerlangan dalam diri.



Beliau menjelaskan: "Sebelum ini, saya rasa seperti saya tidak ada hala tuju kerana saya tidak pasti apa matlamat saya.



"Tetapi kini saya percaya sukan lawan pedang adalah sesuatu yang saya boleh kecapi kecemerlangan."



Beliau menyifatkan ketahanan mental sebagai tunjang yang perlu diperhalusinya, memandangkan ia sama penting dengan daya ketahanan fizikal.



Ini setelah beliau berkongsi bahawa sukan lawan pedang merupakan satu sukan yang perlukan "banyak kemahiran dan daya ketahanan mental".



"Gaya saya lebih bersifat fizikal jadi saya gunakan kekuatan yang saya ada.



"Tetapi dari segi ketahanan mental, masih banyak yang perlu diperhalusi dan itu adalah sesuatu yang saya sedang berusaha untuk memperbaiki," ujar pelajar tahun kedua jurusan perniaagan di Politeknik Republic itu.



Daya ketahanan mental inilah yang perlu beliau terapkan dan bawa bagi penampilan sulungnya dalam Sukan SEA Kemboja.



Beliau bakal bertarung dalam acara 'Epee' berpasukan yang dijangka berlangsung pada 16 Mei di Dewan B Pusat Konvensyen Chroy Changvar di Phnom Penh.



Filzah menjelaskan bahawa beliau teruja mendapat tahu beliau dipilih mewakili negara dalam Sukan SEA dan ia merupakan pendedahan baik untuk bertarung dengan atlet serantau.



"Saya belum pernah bertarung dengan atlet lawan pedang dari rantau Asia Tenggara jadi itu merupakan salah satu kebimbangan saya.



"Tetapi saya rasa yakin dan saya tahu kebolehan diri," tambah beliau. - MUHAIMIN SUZAINI




ANTARA FIZIKAL DAN KETAHANAN MENTAL



"Gaya saya lebih bersifat fizikal jadi saya gunakan kekuatan yang saya ada.
Tetapi dari segi ketahanan mental, masih banyak yang perlu diperhalusi dan itu adalah sesuatu yang saya sedang berusaha untuk memperbaiki.''
- Filzah Hidayah Nor Anuar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >