LYON (Perancis): Jurulatih pasukan, Martin O'Neill, memuji persembahan "sepenuh jiwa raga" skuad Republik Ireland selepas pasukannya menamatkan permainan dengan 10 pemain semasa disingkirkan daripada Euro 2016 di tangan pasukan hos Perancis, kelmarin.
Sekalipun Republik Ireland berada di hadapan dengan gol awal, Perancis bangkit melalui dua gol Antoine Griezmann dalam babak kedua permainan untuk menempah tempat mereka di suku akhir.