Topik diikuti
Pergi ke BHkuWalau tulang tangan retak, cedera di muka, Nur Alfian upaya tundukkan juara dunia
Premium
Walau tulang tangan retak, cedera di muka, Nur Alfian upaya tundukkan juara dunia
Walau tulang tangan retak, cedera di muka, Nur Alfian upaya tundukkan juara dunia
Jun 9, 2016 | 5:30 AM
BIBIRNYA koyak dan matanya bokop, tetapi Muhammad Nur Alfian Juma'en sanggup menahan rasa sakit dan seterusnya menewaskan lawan yang lebih besar di Kejohanan Pencak Silat Asia ke-2 Ahad lalu.
Malah, ramai yang menyaksikan final Kelas G (80-85kg) itu di Dewan Sukan Bedok tidak sedar bahawa Nur Alfian mengatasi juara dunia bertahan Nguyen Duy Tuyen dari Vietnam dengan tulang di tapak tangan kanannya retak di dua bahagian.
