Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga Jepun di sini kecewa tapi bangga dengan pasukan

Dec 7, 2022 | 5:30 AM
- Foto BH oleh LIM YAOHUI
- Foto BH oleh LIM YAOHUI -

SEDIH, hampa namun begitu bangga.

Itulah perasaan yang menyelubungi puluhan warga Jepun yang berkumpul di sebuah bar di Duxton Hill dekat Tanjong Pagar untuk menyaksikan perlawanan antara pasukan mereka dengan Croatia lewat malam kelmarin (gambar kanan).

Setelah dilamun keseronokan mendahului perlawanan 1-0 pada waktu rehat hasil jaringan Maya Yoshida, perasaan para penyokong Jepun itu berubah setelah Ivan Perisic berjaya menyamakan kedudukan bagi Croatia pada minit ke-55.

Kededua pasukan gagal memecahkan kebuntuan, dan perlawanan ditentukan menerusi tendangan penalti.

Jepun akhirnya tewas 3-1 sekali gus meranapkan semangat para penyokongnya untuk melihat negara itu menjadi satu-satunya wakil Asia di peringkat suku-akhir Piala Dunia di Qatar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg