Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Warna oren bawa tuah pada Ilhan Fandi?

Dec 15, 2022 | 05:30 AM



TUAH penyerang muda Singapura Ilhan Fandi mungkin ada pada warna oren.



Selepas cemerlang bersama Albirex Niigata yang memakai jersi warna oren - beliau menjaringkan 20 gol dalam 27 perlawanan domestik tahun ini - Ilhan kini menaruh harapan menempah namanya di Eropah pula dengan KMSK Deinze di Belgium.



Kelab itu juga menggunakan jersinya berwarna oren.



Ilhan, 20 tahun, yang memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik SPL 2022 menandatangani kontrak selama satu setengah tahun bersama kelab divisyen dua di Belgium itu.



Kontrak itu berlangsung dari Januari ini hingga Jun 2024 dan memberi beliau pilihan melanjutkan kontrak bagi setahun lagi.



Ditanya Berita Harian (BH) kelmarin sama ada warna oren menjadi pujaan hatinya, Ilhan hanya senyum dan berkata:



"Sejujurnya, saya tidak sangka perkembangan saya dalam bola sepak akan berlaku secepat ini sebab saya tidak pernah mahu tergesa-gesa untuk ke Eropah. Saya ingin ia berlaku secara semula jadi.''



Ilham berkata beliau tahu ini adalah masa terbaik bagi beliau mengembangkan kerjaya di luar negara dan beliau akan berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mensesiakan peluang ini.



Sepanjang 18 bulan di Belgium, Ilhan dijangka diturunkan untuk perlawanan bawah 21 tahun Deinze dan berlatih bersama pasukan utamanya.



Deinze kini berada di tangga kelapan dalam Liga Challenger Pro dengan baki enam perlawanan dan merupakan satu-satunya kelab divisyen dua yang melayakkan diri ke pusingan kalah mati Piala Belgium.



Selain Deinze, Ilhan juga mendapat tawaran daripada kelab-kelab di Amerika Syarikat, Thailand dan Malaysia.



Namun, Belgium menjadi destinasi pilihan, menjadikan beliau pemain bola sepak Singapura pertama beraksi di sana.



"Sebagai seorang penyerang, pastinya saya ingin menjaringkan banyak gol. Tetapi, saya juga mahu meraih pengalaman dan belajar dari pemain di sana. Budaya di Albirex berlainan, sama juga di Deinze nanti. Jadi, saya tidak sabar untuk ianya bermula," ujar Ilhan.



Beliau menambah bahawa Deinze merupakan batu loncatan pada perjuangan Eropahnya, dengan matlamat akhirnya adalah untuk beraksi di liga lebih besar di sana.



"Saya ingin menjadi lebih kuat, lebih pantas dan mengembangkan diri sendiri supaya apabila saya kembali ke pasukan nasional, saya rasa bagus, rasa kuat dan mudah-mudahan, saya dapat berkongsi apa yang saya belajar di Belgium dan membantu pasukan nasional.



"Saya mahu membuat penampilan sebanyak yang mungkin dalam pasukan utama Deinze dan jika semuanya berjalan lancar, saya ingin berpindah ke pasukan lebih besar dan liga lebih baik," tambah beliau, yang kini sedang membuat persiapan bagi Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada 20 Disember-16 Januari bersama pasukan Singa.



Ilhan mengikut jejak langkah ahli keluarganya yang telah bertapak di luar negara.



Bapanya, legenda bola sepak Fandi Ahmad, bermain untuk pasukan Belanda, Groningen dari 1983 hingga 1985, manakala abangnya Irfan dan Ikhsan Fandi kini beraksi untuk BG Pathum di Thailand. Ikhsan juga pernah menyarung jersi kelab tahap kedua Norway, Raufoss (2019-2020) dan FK Jerv (2020-2021).



Fandi, 60 tahun, yang kini jurulatih kelab Malaysia, Sri Pahang FC, berkata: "Deinze adalah pilihan yang baik untuk Ilhan sebab dia akan dapat sekitaran yang sesuai - didedahkan bermain dalam pasukan bawah 21 tahun kelab dahulu sebelum ke pasukan utamanya.



"Ilhan memiliki ketahanan mental dan kecerdasan bola seak, tetapi beliau harus berusaha lebih gigih untuk memperkuat diri secara fizikal jika beliau ingin beraksi dalam liga lebih tinggi...Bola sepak Eropah memerlukan daya fizikal yang tinggi," kata Fandi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >