JIKA Albirex Niigata menguasai bola sepak lelaki setempat, Warriors FC pula membukti kehebatan mereka dalam arena bola sepak wanita Singapura.

Ini menyusuli kejayaan Warriors menjulang trofi kejuaraan Piala Cabaran Wanita FAS-Sports Hub 2017 selepas menewaskan Polis SA 4-1 dalam final yang berlangsung di Stadium Negara malam kelmarin.