Topik diikuti
Pergi ke BHkuWarriors FC diarah tidak beraksi dalam SPL 2020; pengerusi kelab tolak keputusan
Warriors FC diarah tidak beraksi dalam SPL 2020; pengerusi kelab tolak keputusan
Warriors FC diarah tidak beraksi dalam SPL 2020; pengerusi kelab tolak keputusan
MUNGKIN GULUNG TIKAR: Warriors FC telah diarah oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk tidak beraksi dalam musim 2020 Liga Perdana Singapura disebabkan masalah kewangan kelab itu. - Foto BH oleh JASON QUAH -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 1, 2020 | 5:30 AM
PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) telah mengarah pasukan bola sepak paling berjaya dalam Liga Perdana Singapura(SPL), Warriors FC, untuk tidak beraksi dalam musim akan datang, lapor akhbar The Straits Times.
FAS berkata hutang kelab, yang pada suatu ketika mengungguli arena bola sepak tempatan, kepada pemainnya dan beberapa pihak berkuasa, yang dikatakan bernilai hampir $850,000, merupakan sebab keputusan yang mengejutkan itu dilakukan.
