Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Wenger: Adakah ia penalti? Saya tak pasti

Sukan
30
0

Wenger: Adakah ia penalti? Saya tak pasti

Arsenal mara ke suku akhir setelah tewaskan AC Milan 3-1 di padang sendiri; raih agregat 5-1
Mar 17, 2018 | 05:30 AM

LONDON: Arsene Wenger enggan mempertikai kritikan ke atas Danny Welbeck selepas penyerang itu dituduh "menjatuhkan" diri semata-mata untuk mendapatkan penalti yang memberi inspirasi kepada pasukan Arsenal menang 3-1 ke atas AC Milan, dalam Liga Europa, kelmarin.

Selepas menang 2-0 dalam perlawanan pertama mereka di Milan minggu lalu, pasukan pimpinan Wenger itu dalam kedudukan bahaya selepas pemain pasukan lawan, Hakan Calhanoglu, meletakkan pasukan Italy itu di hadapan dalam separuh masa pertama di Stadium Emirates.

Tetapi Welbeck mengubah nasib pasukannya sejurus selepas gol jaringan Calhanoglu itu, apabila pasukannya dianugerahkan penalti hasil daripada insiden beliau yang dikatakan dijatuhkan dalam petak penalti Milan.

Welbeck sendiri mengambil tendangan penalti tersebut untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Ternyata Arsenal lebih tenang selepas separuh masa kedua dan berjaya menjaringkan lagi dua gol menerusi Granit Xhaka dan Welbeck.

Menurut laporan-laporan agensi, gaya Welbeck yang kelihatan seolah-olah menjatuhkan diri dikritik para penganalisa, sedang pengadil asal Sweden, Jonas Eriksson, dikutuk kerana dikatakan terperdaya dengan aksi play-acting itu.

Bekas pemain pertahanan Arsenal, Martin Keown, memberitahu BT Sport:

"Pastinya itu gaya membuangkan diri."

Bekas bintang Tottenham, Jermaine Jenas, pula berkata:

"Welbeck tidak berasa sebarang kontak melainkan daripada kededua belah kakinya berlanggar antara satu sama lain dan itu membuatnya terjatuh. Pengadil dan penolong pengadil terperdaya."

Tetapi Wenger enggan mempertikaikan kritikan yang dilempar ke arah pemainnya itu dan berkata yang beliau akan menonton semula insiden tersebut di televisyen.

"Saya belum menontonnya. Anda ingin tuduh para pemain England menjatuhkan diri?

"Adakah ia penalti? Saya tidak pasti, para pemain Italy itu semua tidak gembira.

"Saya boleh memahaminya, tapi saya tidak tahu apa yang berlaku," kata Wenger yang jelas gembira dengan agregat 5-1 itu.

Arsenal kini menanti lawan mereka di peringkat suku akhir, yang akan didedahkan di Nyon, Switzerland.

Dalam satu perlawanan berasingan, Borussia Dortmund dari Jerman, terkeluar daripada pertandingan itu dengan agregat 2-1 selepas seri 0-0 dengan RB Salzburg dari Austria.

Fernando Torres pula menjaringkan dua gol bagi membantu pasukannya Athletico Madrid dari Sepanyol membelasah Lokomotiv Moscow dengan jaringan 5-1 di Rusia.

Pasukannya menang 8-1 secara agregat.

Marseille dari Perancis pula mara ke peringkat selanjutnya selepas menang 2-1 ke atas Athletic Bilbao dari Sepanyol di tempat lawan - menjadikan agregat 2-5.

Perlawanan tersebut dicemari insiden para peminat yang membuat kacau sehinggakan dua pengawal keselamatan Bilbao cedera ringan akibat diserang para peminat Marseille. Tiga penyokong pula diberkas.


Keputusan perlawanan lain:

  • CSKA Moscow (Russia) tewaskan Lyon (Perancis) 3-2 di tempat lawan untuk menjadikan agregat 3-3
  • Lazio (Italy) tewaskan Dinamo Kiev (Ukraine) 2-0 di tempat lawan untuk menjadikan agregat 4-2
  • RB Leipzig (Jerman) seri 1-1 dengan Zenit St. Petersburg (Rusia) untuk mara selepas menang dengan agregat 3-2
  • Sporting Lisbon (Portugal) menang dengan agregat 2-3 meskipun tewas 2-1 kepada Viktoria Plzen (Czech) di tempat lawan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3