Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Werner bantu kemenangan tipis Chelsea

Feb 9, 2021 | 5:30 AM
BANTU PASUKAN: Penyerang Chelsea, Timo Werner dijatuhkan penjaga gol Sheffield United, Aaron Ramsdale yang memberikan penalti pada saingan Liga Perdana England di Bramall Lane. - Foto AFP
BANTU PASUKAN: Penyerang Chelsea, Timo Werner dijatuhkan penjaga gol Sheffield United, Aaron Ramsdale yang memberikan penalti pada saingan Liga Perdana England di Bramall Lane. - Foto AFP -

SHEFFIELD (Britain): Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel memuji sumbangan Timo Werner ketika pasukan berkenaan menang 2-1 berdepan kelab tercorot, Sheffield United walaupun pemain antarabangsa Jerman itu meneruskan kemarau gol kepada 11 perlawanan.

Werner mencipta peluang untuk gol pembukaan Mason Mount selain mendapatkan penalti yang disempurnakan Jorginho ketika Chelsea hanya satu mata berbanding empat pasukan teratas menerusi kemenangan ketiga dalam empat perlawanan dikemudi Tuchel.

"Apabila dia bermain seperti ini, kami amat gembira," kata Tuchel.

"Ini langkah besar ke depan. Gol pertama itu menerusi larian menakjubkan dan hantaran yang bagus. Gol akan tiba."

Satu daripada sasaran Tuchel ialah bagi pemain berusia 24 tahun itu menampilkan jumlah gol seperti dilakukannya bersama Leipzig dalam Bundesliga.

Walaupun kekurangan gol, ada petanda keyakinan Werner bertambah ketika berdepan Blades.

"Bagi diri saya sendiri, ia tanpa gol tapi bagus melihat saya boleh membantu pasukan untuk perkara lain," kata Werner.

"Saya gembira apabila kami menang dan dengan dua bantuan gol, tapi sebagai penyerang anda mahu menjaringkan gol. Ia sudah lama dan saya tidak melakukannya selama ini sepanjang karier saya."

Mount menyudahkan gerakan baik bersama pasukan yang juga membabitkan Ben Chilwell dan Werner bagi memberikan Chelsea kelebihan pada babak pertama di Bramall Lane.

Antonio Rudiger bagaimanapun menjaringkan gol sendiri ketika dia cuba menghantar bola ke belakang yang menewaskan Edouard Mendy.

Werner kemudian dijatuhkan Aaron Ramsdale ketika dia cuba mengatasi penjaga gol itu dan Jorginho yang mengambil penalti mudah menyempurnakannya. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg