Werner tamatkan kemarau jaringan, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Sukan0

LIGA PERDANA ENGLAND

Werner tamatkan kemarau jaringan

Feb 17, 2021 | 05:30 AM

ENGLAND: Timo Werner menjaringkan gol dan melakukan satu 'assist' dengan beliau mengakhiri kemarau gol dalam 14 perlawanan untuk membantu Chelsea mencatat kemenangan 2-0 ke atas Newcastle dalam Liga Perdana di Stamford Bridge kelmarin.

Hantaran Werner menjumpai Olivier Giroud yang membuka tirai jaringan Chelsea dalam babak pertama, setelah penyerang Perancis itu menggantikan Tammy Abraham akibat kecederaan.

Werner, yang ditandatangani pada musim panas lalu, menambah kesengsaraan Newcastle untuk meledakkan gol kedua Chelsea lapan minit kemudian.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea kembali ke tangga keempat liga, di depan West Ham.

Hammers, yang dengan selesa menewaskan Sheffield United awal kelmarin, kini mengumpul mata sama dengan Chelsea tetapi kededua pasukan duduk di atas juara bertahan Liverpool dengan persaingan bagi tempat Liga Juara-Juara semakin sengit.

Discover Malay Home Based Businesses

Gol Werner sebelum waktu rehat kelmarin merupakan yang pertamanya dalam tepat 1,000 minit beraksi Liga Perdana untuk Chelsea dan mengakhiri 31 percubaan tanpa menjaringkan gol.

Pemain Jerman itu kali terakhir menemui sasaran dalam kemenangan 4-1 Chelsea menentang kelab terendah liga Sheffield United 7 November lalu.

Persembahan Werner menyimpulkan satu lagi keputusan positif untuk Chelsea di bawah bos baru Thomas Tuchel, yang menggantikan Frank Lampard.

"Kami tahu kami mempunyai peluang untuk naik ke tangga keempat pasukan teratas," kata Tuchel kepada BBC Sport.

"Kami merebut peluang ini dan pemain layak untuk diberi dua hari cuti.

"Ada jurang yang besar antara kami (pasukan di tangga atas lain) ketika kami bermula. Ia belum selesai lagi. Sekarang kami berjaya dan inilah saatnya untuk bertahan dan terus menunjukkan keinginan yang kami ada. Kami telah membuat langkah besar ini hari ini. Kami harus mengambil tindakan lanjut dan tidak hilang rentak atau kesungguhan."

Blues kini telah mengutip 13 daripada 15 mata yang ditawarkan di bawah bimbingan baru, menang empat perlawanan liga berturut-turut buat pertama kali sejak November 2019.

Tuchel menyifatkan perlawanan kelmarin sebagai "malam yang sempurna" tetapi akui kecederaan Abraham adalah "cukup serius yang memerlukan dia digantikan dan kami risau tentangnya".

Dalam pada itu, pengurus West Ham David Moyes mengatakan ia "rasa hampir tidak selesa" berbual mengenai kedudukan pasukannya berada hampir di tangga teratas Liga Perdana setelah Hammers mengalahkan Sheffield United 3-0 kelmarin.

Penalti Declan Rice, tandukan Issa Diop dan gol ketiga hasil pemain gantian Ryan Fredericks mengangkat pasukan Moyes menghuni tangga keempat teratas liga dan tempat Liga Juara-Juara.

Namun, kemenangan Chelsea ke atas Newcastle dalam perlawanan lewat kelmarin bermakna West Ham mengakhiri hari di tangga kelima - di atas juara Liverpool.

"Kami mempunyai lima perlawanan sebelum April dan sekiranya kami berjaya menang mungkin persaingan akan mula panas," kata Moyes selepas West Ham meraih enam kemenangan dalam lapan perlawanan liga.

"Tetapi, ia rasa hampir tidak selesa berbual sebegini. Pasukan-pasukan di sekeliling kami adalah pasukan yang hebat dan kami harus bermain dengan cemerlang untuk mencapai ke sana.

"Tetapi, saya rasa kami mempunyai satu atau dua lagi gear dengan apa yang kami tunjukkan malam ini." - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map