West Brom tersingkir dari Liga Perdana
Premium
West Brom tersingkir dari Liga Perdana
May 10, 2018 | 5:30 AM
West Brom tersingkir dari Liga Perdana
BERAKHIR SUDAH CABARAN: Pemain West Brom, Jake Livermore (tengah), mengiktiraf sokongan penyokong pasukan selepas kemenangan ke atas Tottenham pada hujung minggu lalu, yang terbukti tidak cukup untuk menyelamatkan pasukan itu daripada kekal beraksi dalam Liga Perdana musim depan. - Foto AFP -
LONDON: Dengan nasibnya tiada lagi dalam tangan sendiri, West Bromwich Albion kelmarin tersingkir daripada Liga Perdana England musim depan - mengakhiri tempoh lapan tahun kelab Midlands itu beraksi dalam liga elit England itu.
Sekalipun mencatatkan kemenangan hebat 1-0 ke atas Tottenham Hotspur pada hujung minggu lalu, ia masih tidak dapat menyelamatkan kelab bergelar The Baggies itu menyusuli kemenangan 1-0 Southampton ke atas Swansea City dinihari semalam.

