Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

West Brom teruskan kebangkitan

Apr 14, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Sam Allardyce berkata West Brom kini sedang menarik perhatian orang selepas kelab yang sedang cuba mengelak tersingkir ke divisyen lebih rendah itu mencatat kemenangan kedua dalam perlawanan berturut-turut buat pertama kali musim ini.



Dua gol yang dijaringkan dalam tiga minit separuh masa pertama oleh Matheus Pereira dan Matt Phillips serta satu gol selepas waktu rehat oleh Callum Robinson memberikan pasukan Allardyce itu kemenangan 3-0 ke atas Southampton.



Kemenangan itu juga adalah yang terbesar dalam Liga Perdana England bagi West Brom di tempat sendiri sejak November 2016.



"Pemain saya beraksi sebagaimana yang telah mereka lakukan dalam lapan atau 10 perlawanan sebelum ini... tetapi sebelum ini mereka tidak mendapat perhatian kerana kami tidak menang," kata Allardyce.



"Sebaliknya, kami terkilan kerana gagal menyempurnakan banyak peluang gol.



"Namun, kami kini telah meraih dua kemenangan yang penting, meskipun kami tetap perlu bergantung kepada keputusan dari pasukan lain," tambah beliau.



Kemenangan itu juga menunjukkan semangat berjuang West Brom, yang terpaksa membangkitkan semangat selepas gol pembuka tirai yang dijaringkan oleh Mbaye Diagne dibatalkan pengadil Kevin Friend selepas melihat ulangan video.



Penjaga gawang Sam Johnstone kemudian melengkapkan perlawanan yang hebat bagi West Brom selepas beliau menyelamatkan penalti yang diambil oleh James Ward-Prowse.



Walaupun menang, West Brom masih berada dalam keadaan terancam kerana ketinggalan lapan mata di belakang pasukan di tangga ke-16 Newcastle, dengan musim berbaki tujuh perlawanan.



Namun kemenangan itu telah memberi suntikan semangat kepada pemainnya, kata Allardyce.



Dalam perlawanan kedua yang dimainkan semalam, Brighton meraih satu lagi mata untuk menjamin kedudukan di EPL musim depan selepas ia mengikat Everton 1-1 di tempat sendiri.



Pasukan bergelar The Seagulls itu mendaki ke tangga ke-15 dengan kelebihan tujuh mata ke atas Fulham di tempat ke-18.



Malah, Brighton mungkin boleh mengutip semua tiga mata jika percubaan Neal Maupay pada minit-minit terakhir tidak tersasar dan tandukan Lewis Dunk tidak diselamatkan penjaga gawang Everton Jordan Pickford.



Tiga mata boleh menjamin tempat mereka di EPL musim depan, tetapi ia dijangka dapat mengutip lagi dua mata yang diperlukan itu daripada baki perlawanan yang ada.



Pengurusnya Graham Potter berkata:



"Saya gembira dengan cara permainan pasukan kerana semua berjuang untuk satu sama lain.



"Kami masih ada peluang untuk menjamin tempat di EPL musim depan, tetapi sehingga kami mendapat mata yang diidamkan itu, saya tidak akan menganggap mudah cabaran ini."



Everton, yang sedang memburu tempat di Liga Juara-Juara Eropah musim depan terpaksa pulang dengan kecewa.



Pasukan yang dipimpin Carlo Ancelotti itu kini tertinggal tujuh mata di belakang West Ham di tempat keempat, meskipun ia telah bermain kurang satu perlawanan.



Beraksi tanpa Dominic Calvert-Lewin yang mengalami kecederaan, Everton bergelut untuk merintis peluang gol dan hanya menguji penjaga gawang Brighton Robert Sanchez pada minit ke-71. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >