Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: Saling bermasalah

West Ham tanpa Antonio 'si ayam tambatan'

Sep 19, 2021 | 05:30 AM



WEST HAM akan beraksi tanpa Michail Antonio setelah penyerang itu menerima kad merah pada penghujung perlawanan menentang Southampton minggu lalu.



Walaupun berjaya mendapatkan keputusan seri dari perlawanan itu, pengurus pasukan, David Moyes kini mempunyai masalah di bahagian serangan dan perlu membuat keputusan memilih pemain mampu membantu mereka menjaringkan gol.



Antonio memulakan musim baru ini dengan persembahan yang memberangsangkan. Dalam tiga perlawanan EPL terakhir, beliau berjaya menjaringkan empat gol, dan membantu mencipta tiga peluang gol.



Namun, dua kejadian yang disifatkan sebagai 'saat kebodohan' oleh Moyes telah meninggalkan pasukan Hammers dalam keadaan sukar sedang mereka membuat persiapan menentang pendahulu liga, Manchester United.



Pemain itu tidak akan ditampilkan pada perlawanan malam ini dan tanpa penyerang baru, Moyes mungkin haru mencari penyelesaian berbeza dan mengubah taktik apabila berdepan dengan bekas pasukannya.



Moyes mempunyai pilihan untuk mengekalkan formasi 4-2-3-1 dengan memberi tanggunjawab sebagai penyerang utama kepada Jarrod Bowen.



Beliau juga kini mempunyai peluang untuk memberikan penampilan sulung kepada pemain baru, Nikola Vlasic dalam perlawanan malam ini.



Vlasic juga boleh bermain di bahagian serangan.



Sebagai alternatif, jika Moyes ingin mengekalkan pemain yang beliau percayai, beliau mempunyai pilihan dalam menyenaraikan Andriy Yarmolenko dalam kesebelasan utamanya.



Kapten pasukan kebangsaan Ukraine itu mempunyai pengalaman bermain di bahagian serangan bersama pasukan negara dan Moyes juga pernah menggunakannya sebagai pemain gantian kepada Antonio musim lalu.



"Mungkin Nicola boleh bermain sebagai pemain nombor 9, dan saya tidak rasa ia akan menjadi satu masalah jika saya meletak beliau sebagai penyerang.



"Buat masa ini kita mempunyai pemain seperti Yarmolenko dan Bowen yang juga mampu bermain di posisi itu. Mereka berdua menjadi antara pilihan utama buat masa ini," kata Moyes.



West Ham hanya diberi tempoh rehat sehari untuk membuat persediaan selepas perlawanan Liga Europa mereka menentang Dinamo Zagreb pada Jumaat lalu.



Apapun jua, mereka pasti bersedia memberi tekanan kepada United malam ini. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >