Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

West Ham tebus kekalahan dengan tewaskan Man United

Sep 24, 2021 | 5:30 AM
BEREBUT BOLA: Pemain Chelsea Romelu Lukaku berebut bola dengan pemain Aston Villa, Kortney Hause dan Axel Tuanzebe. Chelsea menang dalam penentuan sepakan penalti. - Foto-foto REUTERS
BEREBUT BOLA: Pemain Chelsea Romelu Lukaku berebut bola dengan pemain Aston Villa, Kortney Hause dan Axel Tuanzebe. Chelsea menang dalam penentuan sepakan penalti. - Foto-foto REUTERS -

LONDON: West Ham menebus kekecewaan kekalahan Ahad lalu dalam Liga Perdana England dengan mengalahkan Manchester United sekali gus menyingkirkan pasukan Red Devils itu daripada Piala Carabao dalam perlawanan di Old Trafford.

Percubaan minit ke-9 Manuel Lanzini, yang merupakan gol pertamanya dalam tempoh 12 bulan, ternyata menjadi gol penentu bagi memastikan anak buah David Moyes itu berjaya ke pusingan seterusnya.

Pengurus United, Ole Gunnar Solsjkaer menurunkan kesebelasan yang berbeza daripada yang menewaskan West Ham hanya beberapa hari lalu, namun kemunculan pemain Bruno Fernandes Mason Greenwood dalam separuh masa kedua juga tidak mencukupi untuk membantu perjuangan Red Devils.

Kemenangan 1-0 West Ham memang wajar setelah kelab London itu menyerlah sepanjang perlawanan dengan Lanzini bertindak cemerlang sepanjang perlawanan.

Malah, West Ham mempunyai peluang baik menambah gol kemenangan setelah tiga percubaan dalam lima minit terakhir oleh Andriy Yarmolenko, Mark Noble dan Jarrod Bowen hampir-hampir menemui sasaran.

Mengulas, Solsjkaer berkata:

"Kita memulakan perlawanan ini dengan rentak yang terlalu perlahan dan apabila kami mula meningkatkan persembahan dan menunjukkan apa yang mampu kami lakukan, kami telah mengasak gawang West Ham, meletakkan mereka di bawah tekanan yang hebat, sikap kami amat baik, namun kami kurang tajam di depan gol."

Sementara itu, pemain pertahanan Chelsea, Reece James, menjaringkan gol kemenangan Chelsea yang berjaya ke pusingan seterusnya menerusi tendangan penalti, mengalahkan Aston Villa.

Jaringan penyerang muda Villa, Cameron Archer, telah memastikan kedudukan seri di akhir perlawanan, setelah Chelsea mendahului menerusi jaringan Timo Werner. - Agensi Berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg