Premium
Williams dakwa prestasi kini lebih cemerlang
Jan 30, 2016 | 5:30 AM
BERTEMU DALAM FINAL: Serena Williams (kiri) akan mememui Angelique Kerber hari ini bagi menentukan juara Terbuka Australia. - Foto-foto AFP -
MELBOURNE: Pemain nombor satu wanita dunia, Serena Williams, kelmarin memberi amaran bahawa beliau kini menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang berbanding ketika memenangi tiga kejuaraan Grand Slam tahun lalu.
Williams, yang berada di ambang final Terbuka Australia menentang Angelique Kerber hari ini, membuktikan bahawa beliau berada setahap lebih tinggi berbanding pencabar-pencabarnya yang lain apabila membolot trofi kejuaraan Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon tahun lalu - dan hanya kalah tiga kali dalam 56 pertarungannya sepanjang musim.

