Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Williams terlalu hebat bagi Ivanovic

Oct 20, 2014 | 10:36 PM
-

PEMAIN tenis wanita No 1 dunia, Serena Williams, mempamerkan kehebatan apabila memulakan kempen mempertahankan mahkota kejohanan BNP Paribas WTA Finals dengan mengalahkan pilihan ketujuh, Ana Ivanovic 6-4, 6-4 di Stadium Tertutup Singapura malam tadi.

Williams, pemain pilihan utama dari Amerika Syarikat, mengetepikan segala keraguan mengenai lututnya yang cedera dengan persembahan bertenaga apabila mematikan servis Ivanovic, dari Serbia, pada saat-saat genting kededua set.

Dengan mengejar hampir setiap bola yang dipukul ke gelanggangnya, Williams meluru untuk mendahului set pertama 4-1 sebelum Ivanovic bangkit menyamakan kedudukan 4-4.

Williams, bagaimanapun, mematikan satu lagi sevis Ivanovic untuk memenangi set pertama 6-4.

Permainan awal set kedua terus menyaksikan persaingan sengit antara kedua-dua pemain yang penah menjadi pemain utama dunia itu tetapi pada kedudukan 5-4, Williams sekali lagi mematikan servis lawannya untuk menang 6-4 juga.

Williams kini berusaha memenangi kejohanan BNP Paribas WTA Finals di Singapura, pertandingan terakhir dalam kalendar tahun ini, buat kali ketiga berturut-turut, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai pemain No 1 dunia.

Satu lagi perlawanan, antara Simona Halep dari Romania, dengan Eugenie Bouchard, dari Canada, masih berterusan sehingga lewat malam tadi. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg