Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Wolves tamatkan bulan madu Rangnick

Jan 05, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus sementara Manchester United Ralf Rangnick tahu beliau akan memikul tugas sukar di Old Trafford. Kekalahan 0-1 kepada Wolves di laman sendiri kelmarin mengesahkan cabaran itu.



Selepas keputusan yang meninggalkan United di tangga ketujuh liga, dua mata di belakang Tottenham, yang memiliki kelebihan satu perlawanan, Rangnick cukup jujur untuk mengakui bahawa: "Melihat persembahan hari ini sekiranya saya kata kami 100 peratus yakin kami akan menamatkan musim di kelompok empat teratas liga, saya tidak pasti sama ada orang akan percaya itu."



Namun keseluruhan persembahan United tidak jauh daripada prestasi hambar mereka di penghujung pemerintahan Ole Gunnar Solskjaer, dengan pasukan pelawat menguasai perlawanan untuk tempoh yang lama.



Pemain bek penuh Luke Shaw bahkan mempersoalkan perpaduan pasukannya, sementara mengatakan Wolves bermain "jauh lebih baik".



Bayang-bayang kekurangan perpaduan itu juga dilihat dalam kalangan penyokong, di mana keputusan Rangnick untuk menggantikan Mason Greenwood dengan Bruno Fernandes disambut dengan ejekan.



Satu-satunya positif yang timbul daripada kekalahan kelmarin adalah kemunculan semula pemain bek tengah Phil Jones, yang mempamerkan aksi mengagumkan dalam penampilan pertamanya di Liga Perdana selama 712 hari - dengan Shaw menyifatkan persembahannya sebagai "luar biasa".



Ia merupakan kekalahan pertama United sejak perlawanan terakhir di bawah bimbingan Solskjaer, di Watford pada 20 November, tetapi ia bukan persembahan hambar pertama daripada anak buah Rangnick.



Dan apabila ditanya sekiranya tugas yang beliau menggalas ini lebih sukar daripada beliau menjangkakan, Rangnick berkata: "Saya tahu ia akan menjadi sukar.



"Sebab itu mereka membawa masuk saya. Saya tahu ia tidak akan menjadi mudah untuk mencari keseimbangan antara serangan dengan pertahanan.



"Hari ini, kami menunjukkan masalah sama yang pasukan hadapi tiga atau empat minggu lalu sebelum saya tiba. Ia bukan mudah untuk membangun sebuah DNA di dalam padang atau di luar padang. Perlawanan hari ini menunjukkan kami masih perlu mengambil beberapa lagi langkah untuk mencapainya."



Rangnick juga mengakui Wolves adalah pasukan yang lebih baik "terutamanya pada separuh pertama" dan meratapi kegagalan pasukannya untuk menghalang hantaran lintang Adama Traore yang ditanduk Jones namun berjaya menjumpai Joao Moutinho untuk menyumbat gol tunggal perlawanan.



Dengan rembatan pemain gantian Fernandes yang terkena palang gawang memberi United peluang terbaik mereka sebelum Jose Sa menyelamatkan sepakan percuma pemain midfield Portugal pada waktu tambahan, tempoh lapan perlawanan tanpa kalah United berakhir, meninggalkan mereka 22 mata jauh ketinggalan di belakang pendahulu Manchester City.



"Kami harus meletakkan tekanan pada mereka, kami harus ada intensiti," kata Shaw kepada Sky Sports. "Saya tidak fikir kami semua bersatu ketika bermain.



"Anda lihat pemain yang kami ada, kami ada kualiti pemain yang luar biasa tapi kadang kala kualiti tidak cukup. Kami perlu bawa intensiti dalam perlawanan dan lebih bermotivasi.



"Dalam bilik salinan, kami tahu apa yang kami mahu tapi di padang, kami perlu memberi usaha 100 peratus. Untuk menang perlawanan jenis sebegini, kami semua perlu komited 100 peratus." - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >