Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Woods tidak sertai Hero World Challenge yang dihoskannya

Oct 30, 2025 | 1:56 PM
golf, Tiger Woods
Tiger Woods memukul bola keluar dari bunker di lubang keempat semasa Kejohanan PNC di Kelab Golf Ritz-Carlton pada 21 Disember 2024 di Orlando, Florida, Amerika Syarikat. Beliau tidak bertanding sejak gagal melepasi pusingan kelayakan Terbuka Britain pada Julai 2024. - Foto REUTERS

FLORIDA: Hos kejohanan, Tiger Woods, tidak akan menyertai acara Hero World Challenge yang akan berlangsung pada 4 hingga 7 Disember di Albany, Bahamas, menurut senarai akhir pemain yang diumumkan pada 29 Oktober.

Apabila senarai awal pemain itu diumumkan tiga minggu lalu, ramai berharap Woods akan dipilih melalui salah satu daripada tiga tempat pengecualian, namun, beliau baru menjalani pembedahan penggantian cakera lumbar, dan tarikh kepulangannya belum pasti.

Woods, yang merupakan juara utama 15 kali, tidak bertanding sejak gagal melepasi pusingan kelayakan Terbuka Britain pada Julai 2024.

Beliau juga menjalani pembedahan pada Mac untuk membaiki tendon Achilles kirinya yang koyak.

Menurut penganjur Hero World Challenge, acara amal yang memberi manfaat kepada yayasan Woods, tiga pemain terakhir yang akan melengkapkan senarai 20 pemain ialah Jordan Spieth, Billy Horschel dan Akshay Bhatia.

Juara bertahan dua kali, Scottie Scheffler, serta pemenang edisi 2016 dari Jepun, Hideki Matsuyama, telah pun disahkan antara pemain yang akan beraksi dalam kejohanan tersebut. – Reuters.

Laporan berkaitan
Tiger Woods kembali cemerlangJul 30, 2024 | 12:52 PM
SekilasJul 29, 2024 | 11:17 AM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg