Woodward tinggalkan United, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

BOLA SEPAK ENGLAND

Woodward tinggalkan United

Apr 22, 2021 | 05:30 AM

NAIB pengerusi eksekutif Manchester United Ed Woodward akan mengundur diri dari peranannya itu di akhir tahun ini.

Pengumuman itu dibuat sebelum United, bersama lima lagi pasukan Liga Perdana England (EPL) yang melibatkan diri dengan projek Liga Super Eropah (ESL) mengumumkan pengunduran mereka daripada pertandingan itu.

ESL, yang akan melibatkan 20 kelab dengan kelayakan 15 kelab pengasas terjamin saban tahun, telah dikutuk teruk oleh pemain, penguasa bola sepak di Eropah dan tokoh politik.

Woodward, 49 tahun, menyertai United pada 2005 dan telah berkhidmat dalam peranan naib pengerusi eksekutif sejak 2012.

Beliau dijadual meninggalkan kelab itu tahun ini, tetapi keputusan untuk untuk mengumumkan pemergiannya telah dianjak ke tarikh lebih awal.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Saya amat berbangga kerana berkhidmat kepada United dan adalah satu penghormatan untuk bekerja dengan kelab bola sepak terhebat di dunia selama 16 tahun," kata Woodward.

"Kelab ini berada dalam kedudukan baik bagi masa depan dan adalah sukar untuk beredar."

Woodward, Ahad lalu, juga mengundur diri dari peranan di Majlis Strategi Bola Sepak Profesional Uefa selepas pelan ESL diumumkan.

Dalam majlis itu, beliau telah memain peranan penting dalam perbincangan memperbaharui Liga Juara-Juara Eropah.

Uefa berharap dapat mengadang pembentukan ESL dengan mengumumkan Liga Juara-Juara format baru - dibentuk 36 pasukan - pada Isnin lalu.

Namun, pengumuman ESL sehari sebelum tarikh tersebut telah menjejas rancangan Uefa.


"Saya sangat berbangga dapat berkhidmat bersama United. Ia satu penghormatan dapat bekerja dengan sebuah kelab paling hebat di dunia selama 16 tahun. Masa depan kelab ini sudah berada pada kedudukan baik dan sudah pasti, ia bakal sukar meninggalkannya pada penghujung tahun ini."
- Ed Woodward, Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map