Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA

Wow! Aide Iskandar ghairah dapat tengok Brazil, Perancis

Dec 04, 2022 | 05:30 AM



BEKAS kapten pasukan Singa Aide Iskandar telah beberapa kali ke Qatar sama ada menyarung jersi Singapura sebagai pemain atau melawat teman-teman.



Tetapi, kunjungan beliau kali ini ke negara Timur Tengah itu berbeza - dengan debaran keghairahan.



Aide, 47 tahun, kembali ke Doha pada 23 November lalu, bersama isteri dan empat cahaya matanya, untuk menikmati suasana menonton Piala Dunia 2022 di depan mata.



Pengalaman Piala Dunia sulungnya itu dianggap sebagai "sekali dalam seumur hidup".



"Keghairahannya capai maksimum sebab Piala Dunia acara terbesar bola sepak. Ia sentiasa menjadi impian saya untuk menonton Piala Dunia. Ia dalam senarai impian saya," ujar Aide kepada Berita Minggu (BM) menerusi telefon.



"Ia juga lebih istimewa kerana saya dapat menonton perlawanan bersama keluarga saya."



Selama enam hari di sana, beliau menonton dua perlawanan pusingan kumpulan - Brazil lawan Serbia dan Denmark lawan Perancis.



Sekali gus hasrat Aide untuk menyaksikan pasukan hebat dunia turut tercapai di Qatar.



"Salah satu pasukan yang saya ingin lihat ialah Brazil kerana mereka adalah pasukan yang menghiburkan, dengan ramai pemain kreatif dan berbakat.



"Yang kedua ialah Perancis sebab mereka juara bertahan. Saya mahu melihat bagaimana mereka mempertahankan gelaran mereka... Impian saya menjadi kenyataan," kata Aide, yang telah membuat 121 penampilan bagi skuad nasional Singapura.



Aide, kini seorang konsultan sukan, juga hadir di stadium lebih awal untuk menyaksikan sesi 'warm up' pemain sebelum perlawanan.



"Sebagai bekas jurulatih, saya juga mengambil peluang untuk datang awal dan melihat bagaimana aksi di padang... dan cara mereka menyusun permainan.



"Ia adalah sesuatu yang anda hanya akan dapat lihat ketika anda di sana. Jika tonton dari televisyen, ya ada kamera untuk merakam aksi tetapi anda tidak dapat pandangan 'bird's eye' (dari udara).



"Ini berguna untuk seorang bekas pemain dan jurulatih dan adalah pengalaman paling berharga yang saya bawa pulang selain suasananya yang luar biasa," kongsi beliau, yang pernah mengendalikan pasukan Singa Muda, bawah 23 tahun Singapura dan Hougang United.



Meskipun tidak mendedahkan kos yang dibelanjakan, Aide berkata keputusannya untuk ke Piala Dunia "berbaloi".



"Ia tidak terlalu mahal dan juga tidak begitu murah," kata beliau.



Aide dan keluarganya turut berpeluang hidup seperti warga tempatan ketika tinggal di vila rakannya, Encik Syed Harris dan Cik Norain Ali, pasangan suami isteri warga Singapura yang bermastautin di Qatar, sambil juga berkunjung ke tempat menarik termasuk bukit pasir.



"Saya dan Syed Harris sudah merancang ke Piala Dunia seterusnya pada 2026, yang dianjurkan bersama Amerika Syarikat, Canada dan Mexico. Saya kata mari simpan duit untuk pergi ke salah satu negara itu.



"Saya juga menggalak sesiapa yang berkemampuan untuk ke Piala Dunia sebab ia adalah peluang sekali seumur hidup," tambah Aide, yang kemudian ke Turkey untuk menyambung cutinya. - ZULAIQAH ABDUL RAHIM




TUJUH PASUKAN TINGGAL ‘SEBELAH RUMAH’



"Ada kira-kira enam atau tujuh pasukan yang tinggal sebelah bangunan tempat tinggal saya.
Malah, dari jendela rumah, saya dapat lihat bas pasukan.
... Ia berbeza sekali. Kami sudah biasa melihat orang dari seluruh pelosok negara datang ke sini bekerja. Anda akan dapat melihat warga Afrika, Eropah dan Asia.
Tetapi, kali ini lebih ketara sebab semua orang memakai jersi pasukan negara yang mereka sokong.''
- Encik Hamdan Kasimi.



DATANG AWAL... MANA TAU DAPAT TIP BOLA KELAS DUNIA



"Keghairahannya capai maksimum sebab Piala Dunia acara terbesar bola sepak. Ia sentiasa menjadi impian saya untuk menonton Piala Dunia. Ia dalam senarai impian saya.
Ia juga lebih istimewa kerana saya dapat menonton perlawanan bersama keluarga saya.
... Sebagai bekas jurulatih, saya juga mengambil peluang untuk datang awal dan melihat bagaimana aksi di padang... dan cara mereka menyusun permainan.
- Bekas kapten pasukan Singa, Aide Iskandar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >