Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yaya Toure pemain terbaik Afrika

Jan 10, 2014 | 4:30 PM
f2021120-9004-418d-a272-8926623671b5
-

LAGOS (NIGERIA) - Bintang Manchester City, Yaya Toure, telah memenangi anugerah Pemain Terbaik Bola Sepak Afrika untuk kali ketiga berturut-turut sejak 2011.

Pemain Nigeria John Obi Mikel menduduki tanga kedua, diikuti Didier Drogba dari Ivory Coast.

Toure, 31 tahun, diumumkan pemenang dalam majlis penyampaian anugerah di Nigeria, semalam.

Beliau pemain kedua selepas Samuel Eto'o (Cameroon, 2003-2005) yang memenangi anugerah itu tiga kali berturut-turut.

Pemenang anugerah dipilih oleh jurulatih pasukan nasional dan pengarah teknikal di Afrika.

Toure telah pun menjaringkan 13 gol setakat ini, jumlah gol semusim yang paling banyak pernah dijaringkannya sepanjang kerjayanya.

Beliau juga satu-satunya pemain Afrika yang dicalonkan dalam senarai 23 pemain untuk anugerah Pemain Terbaik Dunia Fifa. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg