Premium
Yip Pin Xiu rangkul emas dalam kejohanan renang dunia
Sep 13, 2019 | 5:30 AM
HARUMKAN NAMA SINGAPURA: Yip memenangi pingat emas dalam acara 100 meter kuak lentang kategori S2 di Kejohanan Renang Para Sedunia di London kelmarin. - Foto MARC MORRIS/ SPORTSNEWSAGENCY -
PERENANG negara Yip Pin Xiu merangkul pingat emas di Kejohanan Renang Para Sedunia di London kelmarin, mengakhiri acara 100 meter kuak lentang kategori S2 dengan selesa di tempat pertama.
Beliau mencatatkan masa 2 minit 18.61 saat, di hadapan perenang Canada Aly van Wyck-Smart (2 minit 39.27 saat) dan perenang Italy Angela Procida (2 minit 42.71 saat).

