Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yoshida lanjut kontrak dengan Lions sehingga Dis 2022

Feb 5, 2021 | 7:41 PM
Tatsuma Yoshida akan melanjutkan kontraknya dengan Lions sehingga Disember 2022. - Foto fail
Tatsuma Yoshida akan melanjutkan kontraknya dengan Lions sehingga Disember 2022. - Foto fail -

JURULATIH Jepun Tatsuma Yoshida akan meneruskan projeknya untuk membawa pasukan Lions ke tahap seterusnya setelah bersetuju dengan pelanjutan kontrak sehingga Disember 2022, kata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Jumaat (5 Feb).

Bekas pemain Jurong FC itu pada awalnya dilantik sebagai jurulatih nasional pada Jun 2019 bagi perjanjian dua tahun.

Secara keseluruhan, sembilan permainannya menghasilkan tiga kemenangan, dua seri dan empat kekalahan.

Yoshida, 46 tahun, akan memimpin pasukan negara dalam baki perlawanan menuju kelayakan Piala Dunia dan edisi seterusnya Piala AFF Suzuki yang ditangguh dari tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19, dan dijangka diadakan pada Disember akan datang.

"Keputusan untuk teruskan projek ini di Singapura mudah bagi saya kerana saya percaya kita masih boleh melakukan lebih baik dan dalam perjalanan menjadi pasukan yang lebih hebat," kata Yoshida.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg