Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA SUZUKI AFF

Yoshida letak jawatan

Tinggalkan tugas setahun lebih awal sebelum tamat kontrak
Dec 29, 2021 | 05:30 AM



KETUA jurulatih pasukan nasional Singapura, Tatsuma Yoshida, telah meletakkan jawatan dan akan meninggalkan tugas setahun lebih awal sebelum kontraknya tamat pada Disember tahun depan, umum Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam.



Yoshida, 47 tahun, menyatakan sebab peribadi atas keputusan pengunduran beliau.



Pengumuman itu dibuat selepas satu majlis resepsi anjuran Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong di Stadium Jalan Besar bagi menghargai usaha pasukan Singa di Piala Suzuki AFF 2020.



Singapura buat pertama kali berjaya ke separuh akhir kejohanan berprestij Asia Tenggara itu sejak 2012 - tahun yang sama pasukan Singa kali terakhir menjulang kejuaraan.



Namun, mereka tersingkir dari kejohanan selepas perlawanan kedua separuh akhir yang penuh kontroversi bersama Indonesia pada Sabtu lalu.



Bagaimanapun, persembahan berinspirasi pasukan Singa itu tidak cukup untuk mengekalkan Yoshida di kerusi panas pasukan nasional.



Warga Jepun memilih untuk pulang ke tanah airnya untuk bersama keluarga di tengah-tengah tempoh pandemik Covid-19 yang mencabar.



Difahamkan Yoshida hanya pulang ke Jepun dua kali sejak dilantik ketua jurulatih pasukan bola sepak nasional Singapura pada Jun 2019.



"Saya mengambil keputusan ini sebagai seorang bapa dan suami. Semua orang mahu berjumpa dengan keluarga mereka. Saya begitu juga," kata Yoshida, bapa kepada dua puteri berusia sembilan dan 14 tahun.



"Ia keputusan yang sukar. Saya hingga tidak dapat tidur malam... Saya akan rindu pemain dan Singapura.



"Terima kasih atas segalanya dan kerana memberi saya peluang ini… Saya akan terus menyokong bola sepak Singapura dari jauh dan saya harap ia dapat berkembang maju untuk tahun mendatang."



Yoshida, yang mula menjadi jurulatih Singa pada Jun 2019, mempunyai rekod enam kemenangan, empat seri dan 10 kekalahan dalam 20 perlawanan bersama Singapura.



Sejak minggu lalu, beberapa akhbar Jepun melaporkan Yoshida telah dihubungi agar menyertai semula kelab divisyen 2 Liga-J, Ventforet Kofu, yang berpangkalan di wilayah Yamanashi, yang dipimpinnya bagi musim 2017/18.



Namun, Yoshida, yang akan berangkat ke Jepun hari ini, menambah beliau belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya dan akan berbincang dengan keluarganya.



Mengulas sumbangan Yoshida kepada bola sepak negara, presiden FAS, Lim Kia Tong, berkata:



"Ia teramat mengecewakan untuk Tatsuma meninggalkan pasukan nasional selepas melihat usaha gigih yang telah beliau berikan, bersama kakitangan di sebalik tabir, untuk meningkatkan standard permainan pasukan nasional kami."



Lim menambah bahawa Yoshida telah berjaya menerapkan falsafah bola sepaknya yang lebih agresif dan lincah kepada pemain, selaras permintaan bola sepak moden. Gaya permainan itu kelihatan berhasil dengan penyokong Singapura kembali percaya pada keupayaan pasukan untuk menjadi antara yang terbaik di rantau ini, katanya lagi.



"Bagi pihak fraterniti bola sepak Singapura, saya mengucapkan kasih kepada Tatsuma atas semua yang telah beliau lakukan untuk kami serta menjadi seorang jurulatih profesional dan beradab tertib dalam permainan," tambahnya.



Ini merupakan pengunduran kedua dalam barisan kakitangan utama FAS dalam tempoh dua bulan ini.



Bekas pengarah teknikal FAS, Joseph Palatsides, meletakkan jawatan pada awal November lalu, untuk pulang bekerja di negara asalnya, Australia.



Di resepsi semalam, Encik Tong turut memuji persembahan bersemangat pasukan Singa, dalam ucapannya.



"Anda semua sekarang menjadi inspirasi kepada kanak-kanak kecil dan generasi baru. Bola sepak negara mungkin bukan yang terbaik dalam beberapa tahun ini, tapi saya rasa kita kini punya peluang untuk melakukan perubahan yang sebenar.



"Anda adalah contoh teladan untuk generasi mendatang dan untuk membuat bola sepak Singapura lebih baik tahun depan, lima serta 10 tahun mendatang," kata beliau.




"Saya mengambil keputusan ini sebagai seorang bapa dan suami. Semua orang mahu berjumpa dengan keluarga mereka. Saya begitu juga."
- Ketua jurulatih pasukan nasional Singapura, Tatsuma Yoshida.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >