Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA

Yoshida: Saya bersalah Singa kalah 4-0 pada Palestin

Jurulatih kata punca anak buah tidak papar potensi penuh "disebabkan pengurusan saya"
Jun 05, 2021 | 05:30 AM



JURULATIH pasukan Singa Tatsuma Yoshida mengambil tanggungjawab bagi kekalahan 4-0 Singapura di tangan Palestin dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia, di Stadium Antarabangsa Raja Fadh di Riyadh, Arab Saudi pagi semalam (waktu Singapura).



Beliau berkata punca anak buahnya gagal memaparkan potensi penuh mereka adalah "disebabkan pengurusan saya".



Perlawanan Kumpulan D itu adalah perlawanan kompetitif pertama Singapura dalam 18 bulan dan ia jelas kelihatan pada persembahan 90 minit mereka yang hambar, merangkumi pertahanan cuai dan serangan tumpul.



Setelah permulaan memerangsangkan dalam tempoh pelantikan Yoshida, yang dihimpit koronavirus sejak 2019, dengan Singapura mengalahkan Palestin dan Yemen 2-1 dalam perlawanan kelayakan sebelumnya, jurulatih asal Jepun itu mengakui perlawanan semalam adalah "satu persembahan paling teruk" di bawah kendaliannya.



Mengulas mengenai perlawanan semalam, Yoshida berkata: "Pemain berasa gementar pada separuh pertama dan saya sangat kecewa. Mereka boleh melakukan yang lebih baik.



"Kami tidak dapat menunjukkan potensi penuh kami. Sekiranya kami bermain dengan potensi penuh kami, keputusan mungkin berubah. Ia sangat mengecewakan dan saya ingin meminta maaf banyak-banyak kepada penyokong Singapura.



"Kami harus bermain di bawah tekanan, kami pemain profesional. Tetapi, ia bukan salah mereka. Ia disebabkan pengurusan saya. Ia salah saya."



Dengan ketiadaan penyerang berpengalaman Ikhsan Fandi kerana cedera, pasukan Singa, yang menduduki tangga ke- 159 dalam ranking dunia, gagal mengatur serangan mengancam terhadap pasukan ke-104 dunia itu.



Ilhan Fandi, yang membuat penampilan sulungnya buat Singapura, memimpin bahagian depan sendirian.



Palestin membuka tirai jaringan menerusi penalti oleh Tamer Seyam pada minit ke-20. Pemain bek tengah Singapura Madhu Mohana cuai mengasari Oday Dabbagh dalam kotak penalti.



Tiga minit kemudian, Dabbagh meledakkan gol kedua Palestin selepas Singapura gagal membawa bola keluar dari bahagian pertahanan mereka.



Singapura kemudian menghadiahkan Palestin satu lagi penalti, yang juga disempurnakan Seyam, pada minit ke-30.



Irfan Fandi melakukan faul kerana menggunakan tangan dalam kotak penalti ketika menahan bola dari hantaran sudut.



Pada babak kedua, benteng pertahanan Singapura kelihatan lebih kukuh setelah Baihakki Khaizan dimasukkan ke padang, menggantikan pemain sayap Gabriel Quak.



Namun, tendangan jarak dekat Yaser Hamed lima minit sebelum wisel penamat membolosi gawang penjaga gol Singapura Izwan Mahbud - yang kurang beraksi di Liga 1 Thai musim lalu dan kini tanpa kelab - untuk kali keempat.



Kekalahan itu bermakna Palestin melepasi Singapura untuk menduduki tangga ketiga Kumpulan D berdasarkan perbezaan gol.



Kededua pasukan mempunyai tujuh mata, dengan Palestin mempunyai kelebihan satu perlawanan.



Arab Saudi mendahului kumpulan itu dengan 11 mata, diikutui Uzbekistan dengan sembilan mata, manakala Yaman di tangga terendah dengan lima mata.



Anak buah Yoshida kini perlu fokus untuk bersaing bagi tempat ketiga kumpulan apabila mereka berdepan Uzbekistan pada 7 Jun dan Arab Saudi empat hari kemudian, sebelum menutup kempen kelayakan mereka.




"Pemain berasa gementar pada separuh pertama dan saya sangat kecewa. Mereka boleh melakukan yang lebih baik. Kami tidak dapat menunjukkan potensi penuh kami. Sekiranya kami bermain dengan potensi penuh kami, keputusan mungkin berubah. Ia sangat mengecewakan dan saya ingin meminta maaf banyak-banyak kepada penyokong Singapura. Kami harus bermain di bawah tekanan, kami pemain profesional. Tetapi, ia bukan salah mereka. Ia disebabkan pengurusan saya. Ia salah saya."
- Tatsuma Yoshida, jurulatih Singa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >