Topik diikuti
Pergi ke BHkuYu mara tetapi langkah tiga wakil S'pura lain tersekat
NASIB BERBEZA: Sedang Yu Mengyu (kiri) berjaya ke pusingan keempat perseorangan tenis meja, atlit menembak Teo Shun Xie (kanan) gagal menyerlah dalam acara 10 meter pistol angin. - Foto-foto REUTERS -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 9, 2016 | 5:30 AM
PEMAIN tenis meja Singapura, Yu Mengyu, menunjukkan prestasi baik untuk melangkah ke pusingan keempat perseorangan wanita di temasya Sukan Olimpik Rio ini.
Yu mempamerkan ketenangan serta ketangkasan menyambar mata-mata penting untuk menjinakkan pencabarnya dari Australia, Lay Jian Fang, dengan straight set 11-9, 11-9, 11-6, 12-10.
