Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Yu Mengyu hanya perlu baki satu kemenangan raih pingat Olimpik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Yu Mengyu hanya perlu baki satu kemenangan raih pingat Olimpik

Jul 29, 2021 | 05:30 AM

TOKYO: Empat bulan lalu, beliau terpaksa diiring dalam kerusi roda untuk menaiki pesawat ketika pulang ke tanah air dari Qatar setelah kecederaan kronik di bahagian belakangnya muncul kembali semasa acara WTT Star Contender di Doha, menimbulkan tanda tanya sama ada beliau akan dapat beraksi di Sukan Olimpik Tokyo.

Kini, pemain tenis meja Singapura Yu Mengyu hanya perlu satu kemenangan sahaja daripada meraih pingat Sukan Olimpik setelah menewaskan pemain nombor 10 dunia, Kasumi Ishikawa dari Jepun 4-1 (8-11, 11-5, 14-12, 11-6, 11-2) dalam masa 47 minit dalam suku akhir perseorangan wanita di Gimnasium Metropolitan Tokyo semalam.

Yu, yang bersama pemain badminton Loh Kean Yew adalah pembawa bendera negara di majlis pembukaan, berkata: "Ia sebenarnya perlawanan yang sukar yang mana keputusan mungkin tidak menunjuknya, terutama dalam empat permainan pertama.

"Lawan saya bermain dengan gaya yang halus dan ia agak sukar untuk menanganinya."

Beliau mengatakan permainan ketiga adalah titik perubahan dalam persaingan itu.

"Ketinggalan 10-8, saya berjaya menyelamatkan beberapa mata penamat, yang memberi saya keyakinan dan meletakkan lawan saya di bawah tekanan," kata Yu.

Pemain nombor 47 dunia itu akan berdepan pemain nombor satu dunia dari China, Chen Meng - yang mengalahkan pemain nombor 15 dunia dari Hong Kong, Doo Hoi 4-0 (12-10, 11-9, 11-6, 11-5) - dalam separuh akhir hari ini.

Satu lagi kemenangan akan menjamin pingat perak pertama negara dalam acara itu. Jika tidak, Yu sekurang-kurangnya akan berpeluang merebut pingat dalam perlawanan main habis atau 'playoff' pingat gangsa.

Ishikawa mempunyai kelebihan 8-7 dalam rekod pertembungan mereka sebelum ini, dan perlawanan semalam tidak kurang sengit.

Yu buat pertama kali mencatat kekalahan dalam permainan pembukaan dalam kempen Tokyo 2020 beliau, tetapi memaparkan kesungguhan yang hebat untuk kembali bersaing dalam perlawanan, terutamanya dalam permainan ketiga ketika beliau bangkit dari belakang 10-8 untuk mendahului perlawanan 2-1.

Ishikawa, 28 tahun, adalah anggota pasukan Jepun yang berjaya menduduki tempat ketiga di Rio 2016 dan naib juara di London 2012.

Beliau berkata: "Nasib saya tidak baik sebab saya tidak dapat memanfaatkan momentum apabila saya di depan, terutama semasa permainan ketiga yang mana saya berada di depan 10-8. Tetapi, dia bangkit semula dan saya tidak dapat mengatasinya. Saya rasa sangat kecewa sekarang.

"Kami juga telah membuat banyak persiapan untuk acara pasukan. Saya kini mahu alih semangat saya dan buat yang terbaik supaya saya tidak akan rasa kecewa nanti."

Kemenangan ini bermakna Yu telah melepasi keputusan suku akhir beliau dalam penampilan sulungnya di Rio 2016.

Yu, 31 tahun, berkata: "Saya sangat gembira dapat menang perlawanan ini. Ia adalah keputusan terbaik buat saya di Sukan Olimpik, dan saya tidak rasa ada sebarang tekanan untuk bersaing dalam separuh akhir sebab ia adalah peluang yang berharga untuk saya bermain bersama antara tiga pemain teratas di dunia."

Setelah diberikan bai (bye) ke pusingan kedua, Yu dengan selesa mengatasi pemain nombor 63 dunia dari Portugal, Shao Jieni 4-0 Ahad lalu dan mendominasi pemain nombor lapan dunia dari Taiwan, Cheng I-Ching 4-0 kelmarin, sebelum kemudian mengalahkan pemain di ranking ke-447 dari Amerika Syarikat, Liu Juan 4-2 dalam pusingan kelompok 16 pesaing pada hari yang sama.

Rakan senegara dan pemenang tiga pingat Sukan Olimpik Feng Tianwei terkandas di pusingan kelompok 16 pesaing kelmarin setelah kalah 4-1 kepada pemain Jerman Han Ying.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3