Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Zaha bukti cemerlang, bantu Palace menang

Oct 20, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Kapten Crystal Palace, Wilfried Zaha, sekali lagi membuktikan beliau orang yang harus memikul tanggungjawab di Selhurst Park apabila gol kemenangannya disempurnakan dengan baik ketika menentang Wolves kelmarin.



Namun sebelum itu tandukan Adama Traore telah meletakkan Wolves di depan dalam separuh masa pertama.



Wolves hampir menambah gol kedua namun sepakan Ruben Neves terkena tiang.



Tetapi Palace tidak berputus asa dengan Eberechi Eze menyamakan kedudukan daripada hantaran tepat Michael Olise, hanya 63 saat permainan dimulakan dalam separuh masa kedua.



Zaha kemudian berjaya menewaskan penjaga gawang Wolves, Jose Sa, untuk gol kelimanya musim ini, sekali gus membantu Palace menduduki tangga ke-10 dalam Liga Perdana England (EPL).



"Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama tetapi gol dari Wolves itu satu tamparan hebat," kata Zaha kepada BBC Sport selepas memimpin Palace dalam kemenangan berturut-turut di stadium sendiri.



"Kami terpaksa meneruskannya. Inilah yang diperlukan dalam Liga Perdana - kami tahu kami ada kemahuan dan kami dapat apa yang kami mahukan," tambahnya.



Hanya empat pemain telah menjaringkan lebih banyak gol daripada Zaha yang mempunyai 14 gol dalam EPL musim ini - Harry Kane, Son Heung-min, Ivan Toney dan Erling Haaland.



Prestasi Zaha, 29 tahun, kian meningkat dan sebagai pemain senior telah membantu pembangunan rakan muda berbakat Palace termasuk Eze, Olise, Marc Guehi dan Tyrick Mitchell.



"Saya telah beralih daripada hanya menggelecek (bola) kepada menjaringkan gol. Kecekapan adalah semua yang kita perlukan," katanya selepas kemenangan pasukannya itu.



"Apabila saya bercakap dengan anak-anak muda, minda saya adalah meningkatkan kecekapan, saya hanya menggelecek bila saya benar-benar perlu," katanya.



Pemain antarabangsa Ivory Coast itu menikmati 75 sentuhan bola semasa menentang Wolves itu - sentuhan paling banyak berbanding pemain-pemain lain di padang.



Beliau juga berjaya menggelecek enam kali, empat kali lebih banyak dari pemain lain.



"Zaha sensasi dalam separuh masa kedua dan jika beliau berada dalam prestasi sebegini, beliau tidak boleh dihalang - sama ada beliau mencipta peluang atau mendapatkan peluang sendiri," kata bekas pemain pertahanan Wales dan West Ham, James Collins, di BBC Radio 5 Live.



"Beliau juga rajin membantu pertahanan dan bekerja keras untuk pasukannya," tambahnya.



Memandangkan Palace hanya menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan mereka sebelum ini dan Wolves hanya berjaya mencatatkan jumlah yang sama sepanjang musim, perlawanan ini tidak dijangka menarik tetapi kedua-dua pasukan memberikan kejutan kepada penonton.



Sementara itu, Wolves telah dikaitkan dengan bekas bos Ajax dan Borussia Dortmund, Peter Bosz, sebagai nama terkini dalam pencarian mereka untuk menggantikan Bruno Lage yang dicepat.



Wolves kekal di tangga ke-17. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >