Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zainal Abidin naik pelamin...

Jan 10, 2023 | 5:30 AM
KAHWIN: Penyanyi Fyna Jebat mengesahkan perkahwinannya dengan Zainal Abidin Hassan (atas). - Foto-Foto FYNA JEBAT / INSTAGRAM
KAHWIN: Penyanyi Fyna Jebat mengesahkan perkahwinannya dengan Zainal Abidin Hassan (atas). - Foto-Foto FYNA JEBAT / INSTAGRAM -

SHAH ALAM: Bekas pemain bola sepak nasional Malaysia dari era 1980-an hingga 1990-an, Zainal Abidin Hassan, 61 tahun, telah bernikah dengan penyanyi Fyna Jebat, 29 tahun.

Fyna, atau nama sebenarnya Nurshafyna Jebat, memberi pengesahan tersebut selepas khabar angin perkahwinan beliau dan Zainal disebar baru-baru ini.

"Alhamdulillah, saya sudah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi ucapan yang baik.

"Harap dapat doakan saya dan keluarga," katanya, bercakap dengan wartawan selepas muncul dalam rancangan realiti Famili Duo yang ditayangkan di TV3.

Buat masa ini, Zainal belum mengulas mengenai perkahwinannya.

Media Malaysia melaporkan Zainal pernah berkahwin pada 1980 dan dikurnia tiga anak.

Kerjaya bola sepak Zainal bermula pada 1980, apabila beliau menyarung jersi Selangor.

Selepas bersara, beliau menjadi jurulatih dalam Liga Super Malaysia bersama Selangor, Penang dan Melaka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg