Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK DUNIA

Zlatan kembali wakili Sweden, 5 tahun selepas bersara

Mar 18, 2021 | 05:30 AM



MILAN: Penjaring terbanyak Sweden, Zlatan Ibrahimovic, telah dipilih semula menyertai skuad negara - lima tahun selepas mengumumkan persaraan beliau daripada bola sepak antarabangsa.



Bintang berusia 39 tahun itu telah menjaringkan 62 gol dalam 116 perlawanan sebelum melabuhkan tirai kerjayanya di persada antarabangsa setelah Sweden tersingkir di peringkat kumpulan dalam pertandingan Euro 2016.



Namun, beliau membuka semula pintu bagi mewakili Sweden semula dalam satu laporan akhbar pada November 2020, dan jurulatih Sweden, Janne Anderson, kemudian mengadakan pertemuan dengan pemain itu di Milan.



Ibrahimovic, yang kini mewakili AC Milan dalam Serie A di Italy, telah menjaringkan 14 gol dalam 14 penampilan musim ini.



Sweden bertemu Georgia sebelum perlawanan menentang Kosovo dalam perlawanan pembukaan bagi kelayakan Piala Dunia 2022.



Ibrahimovic memberi respons kepada pengumuman pemilihan beliau semula ke skuad Sweden menerusi Tweet: "The return of the God."



Mengulas tweet tersebut dalam sidang media maya, Anderson berkata, "Zlatan memang kelakar orangnya...kadang kala."



Beliau menambah: "Yang penting ialah Zlatan merupakan pemain bola sepak yang baik, mungkin terbaik pernah dilahirkan Sweden. Jadi adalah sangat baik beliau bersedia kembali mewakili negara.



"Selain sumbangannya di padang, beliau juga mempunyai pengalaman meluas dan dapat menyumbang kepada para pemain lain dalam pasukan."



Ibrahimovic membuat penampilan pertamanya untuk Sweden pada usia 19 tahun menentang Faroe Island.



Bekas pemain Barcelona, Paris St-Germain, Manchester United dan LA Galaxy itu menyertai semula AC Milan untuk musim ini dan telah membuktikan beliau masih boleh bermain di peringkat tertinggi. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >