Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zlatan lepas peluang aksi lawan Man Utd

Mar 3, 2021 | 5:30 AM
ZLATAN IBRAHIMOVIC
ZLATAN IBRAHIMOVIC -

MILAN: Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic, akan terlepas beraksi dalam perlawanan menentang bekas kelabnya, Manchester United, dalam perlawanan pertandingan Liga Europa.

Pemain berusia 39 tahun itu dikatakan terpaksa berehat sehingga tiga minggu ekoran kecederaan pada otot peha kirinya.

Ibrahimovic telah menjaringkan 29 gol dalam 53 perlawanan bagi United cedera dalam perlawanan menentang Roma Ahad lalu, di mana Milan menang 2-1.

Perlawanan menentang United itu akan diadakan pada 11 dan 18 Mac ini.

Pemain asal Sweden itu telah menjaringkan 16 gol dalam 21 perlawanan musim ini, membantu AC Milan menduduki tangga kedua Serie A, empat mata di belakang pendahulu liga, Inter Milan.

Ibrahimovic memenangi edisi 2017 Liga Europa semasa mewakili United dalam tempoh dua tahun di kelab itu, dan kepulangannya ke Manchester bersama Milan amat dinanti-nantikan. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg