SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Zulfahmi Arifin kembali beraksi di liga Thai

Zulfahmi Arifin kembali beraksi di liga Thai

Dec 24, 2019 | 3:18 PM

Zulfahmi Arifin kembali beraksi di liga Thai

Zulfahmi Arifin akan menyarung jersi kelab Liga Satu Thailand, Suphanburi FC untuk semusim tahun depan. Foto: HOUGANG UNITED FC/FACEBOOK
Zulfahmi Arifin akan menyarung jersi kelab Liga Satu Thailand, Suphanburi FC untuk semusim tahun depan. Foto: HOUGANG UNITED FC/FACEBOOK -

PEMAIN midfield Singa Zulfahmi Arifin akan kembali beraksi ke Thailand tahun depan.

Ini selepas semusim beliau beraksi di dalam Liga Perdana Singapura bersama Hougang United, yang mengakhiri liga di tempat ketiga musim lalu.

Zulfahmi, 28 tahun, akan menyarung jersi kelab Liga Satu Thailand, Suphanburi FC untuk semusim tahun depan, umum The Cheetahs (gelaran pasukan Hougang) dalam pos di Facebook rasminya petang ini (24 Disember).

Ketika dihubungi Berita Harian, Zulfahmi yang telah membuat 46 penampilan untuk pasukan senior Singapura, berkata:

"Ia satu perasaan yang membanggakan sebab ini adalah liga terbaik di Asia Tenggara. Pada awalnya, agak terkejut kerana saya tak sangka ada kelab sebesar Suphanburi yang minat untuk menandatangani saya tetapi Alhamdullilah saya gembira diberikan tawaran itu."

Ini merupakan kali kedua Zulfahmi akan beraksi di liga teratas Thailand itu.

Bekas pemain Home United, LionsXII dan Young Lions itu pernah mengikat kontrak selama setahun bersama Chonburi FC pada 2018 dan telah membuat 15 penampilan untuk kelab tersebut.

"Saya hanya mahu berikan yang terbaik setiap kali saya beraksi untuk kelab ini dan memperolehi musim yang baik dengan Suphanburi. Ini satu-satunya cara untuk saya membalas budi mereka," tambah Zulfahmi yang kini telah memulakan beberapa sesi latihan pra musim bersama Suphanburi.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg