Sebagai peniaga kuih-muih tradisional Melayu, Cik Adibah Ahmad, memastikan keaslian produknya terus terjaga dengan dihasilkan mengikut resipi dan cara yang diwarisi turun-temurun.
SEJAK kecil, Cik Adibah Ahmad dan adik-beradiknya telah membantu ibunya membuat kuih-muih Melayu seperti epok-epok dan kuih lapis di kedai ibunya, Deli Maslina.